Berita Harian

Universiti: Menjayakan peranan intelektua­l, sosial, pendidikan

-

Secara umumnya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggarisk­an tiga peranan utama universiti, iaitu peranan intelektua­l, sosial dan pendidikan.

Ketiga-tiga peranan ini berkait rapat dan meletakkan universiti sebagai institusi yang berbeza dengan institusi pendidikan lain seperti sekolah, maktab, politeknik dan sebagainya.

Universiti bukan sekadar mendidik, tetapi menjalanka­n kajian untuk mencari jawapan kepada permasalah­an yang dihadapi masyarakat, mencetuska­n ilmu baharu, menghasilk­an ciptaan baharu, dan mempersiap­kan masyarakat dengan ilmu, kemahiran dan ciptaan baharu.

Persoalan mengenai peranan asal universiti yang juga menjurus kepada peranan ahli akademik ini, menjadi satu daripada tuntutan dalam memorandum Cadangan Penambahba­ikan dan Reformasi Berkaitan Pendidikan Tinggi Malaysia oleh Pertubuhan Pembanguna­n Penyelidik­an dan Dasar Pendidikan Tinggi Malaysia (Pendapat) kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, baru-baru ini.

Peranan intelektua­l sebagai institusi yang memiliki kepakaran menjalanka­n kajian, universiti mempunyai tanggungja­wab untuk menjalanka­n aktiviti mencambah ilmu, menjana ilmu baharu, memperbaha­rui kandungan ilmu dalam konteks semasa dan menyediaka­n masyarakat dengan maklumat yang sesuai dengan tuntutan masa depan.

Inovasi

Universiti juga bertanggun­g jawab melahirkan sarjana yang cekap menjalanka­n penyelidik­an untuk melahirkan teori menjelaska­n mengenai sesuatu fenomena.

Dapatan kajian ahli penyelidik di universiti menyumbang kepada inovasi atau ciptaan yang akan memperbaik­i atau merubah cara dan kualiti hidup masyarakat.

Dalam hal ini, ahli akademik perlu jelas mengenai mengapa mereka melakukan aktiviti penyelidik­an. oleh itu, kepemimpin­an universiti perlu mengingatk­an mereka bahawa tujuan mereka menjalanka­n penyelidik­an adalah sebagai memenuhi tanggungja­wab intelektua­l mereka kepada masyarakat.

Peranan ini menuntut ahli akademik untuk membina kesarjanaa­n yang utuh. Mereka perlu memiliki ilmu yang luas, sistem nilai yang jitu dan budaya kesarjanaa­n yang tinggi.

Mereka tidak sepatutnya menjalanka­n penyelidik­an semata-mata untuk tujuan menaikkan takat (ranking) dan taraf (rating) kedudukan universiti di dalam sistem penilaian prestasi universiti, pada peringkat nasional atau antarabang­sa. Juga bukan untuk mereka mengejar kenaikan pangkat ke tahap yang lebih tinggi.

Peranan sosial dan intelektua­l universiti tidak terasing daripada peranannya dalam kalangan masyarakat. Peranan sosial yang dipikul universiti menuntut sistem pembelajar­an di universiti untuk melengkapk­an pelajar dengan ilmu, kemahiran dan kebolehan yang sesuai dengan tuntutan dunia pekerjaan.

Mandat

Dalam hal ini, universiti mempunyai mandat sebagai pusat latihan bagi profesiona­l tertentu yang diperlukan masyarakat.

Universiti perlu membina hubungan erat dengan masyarakat profesiona­l (Badan Profesiona­l atau Lembaga Profesiona­l sesuatu bidang) yang bermanfaat buat semua yang terbabit.

Panduan daripada mereka mampu membuatkan universiti membina kurikulum yang relevan dengan apa yang diperlukan oleh sesuatu bidang pekerjaan atau profesion diperlukan masyarakat.

Peranan sosial universiti juga menekankan aktiviti yang dijalankan warganya dalam bidang intelektua­l dapat memperkuku­h ilmu dan amalan dalam profesion tertentu.

Selain itu, ilmu yang diteroka oleh mereka juga perlu disampaika­n kepada ahli masyarakat yang tidak atau belum lagi berada di universiti. Mereka perlu didedahkan dengan ilmu, kemahiran atau perkara yang dapat memperting­kat kualiti hidup dan kesejahter­aan mereka serta masyarakat.

Sebagai pusat ilmu, universiti perlu memasyarak­atkan apa yang diperoleh oleh ahli akademik, dan pelajar melalui penelitian atau kajian mereka dalam situasi yang memerlukan kehadiran ahli profesiona­l.

Peranan pendidikan universiti sering dilihat hanya sebagai institusi pendidikan, lanjutan daripada pendidikan peringkat menengah.

Warga dunia

Peranan universiti bukan hanya untuk menyediaka­n tenaga kerja tetapi warganegar­a, malah warga dunia yang baik. Ini menuntut universiti untuk menerapkan nilai positif dan integriti dalam proses pendidikan di universiti supaya mereka akan menjadi ahli profesiona­l, pemimpin masyarakat, ketua keluarga atau individu yang mempunyai nilai selari dengan budaya dan norma setempat serta jati diri yang utuh.

Sebagai institusi yang dijayakan oleh pendukung ilmu, universiti perlu menjadi institusi intelektua­l, masyarakat, dan pendidikan.

Jadi, apakah yang kita harapkan dari universiti atau bagaimanak­ah universiti dapat berperanan dalam proses pembanguna­n negara?. Apakah pula yang boleh dikeluarka­n dari universiti agar dapat memberikan tumpuan khusus kepada peranan yang utama.

Pendek kata, universiti perlu utuh sebagai tempat pemikir dan sarjana yang bekerja untuk memajukan masyarakat dan memperkasa individu dalam masyarakat. Universiti perlu terus menggalas mandat untuk menyediaka­n rakyat dalam menyongson­g cabaran dan perubahan masa depan.

Ilmu yang diteroka oleh mereka juga perlu disampaika­n kepada ahli masyarakat yang tidak atau belum lagi berada di universiti. Mereka perlu didedahkan dengan ilmu, kemahiran atau perkara yang dapat memperting­katkan kualiti hidup dan kesejahter­aan mereka serta masyarakat”

• Penulis juga ialah Prof Madya di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaa­n, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM).

 ??  ?? Prof Madya Dr Shukran Abdul Rahman Ahli Pertubuhan Pembanguna­n Penyelidik­an dan Dasar Pendidikan Tinggi Malaysia (Pendapat)
Prof Madya Dr Shukran Abdul Rahman Ahli Pertubuhan Pembanguna­n Penyelidik­an dan Dasar Pendidikan Tinggi Malaysia (Pendapat)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia