Berita Harian

Pendidik perlu kaji semua aspek penggredan penulisan akademik

-

Beberapa hari lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, beliau tidak berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi menteri Kabinet sejak mereka dilantik ke portfolio masing-masing dalam kerajaan baharu.

Saya juga mempunyai perasaan yang sama, apabila saya mengajar pelajar saya terutama dan apabila tarikh menghantar ‘penulisan akademik’ diserahkan, tetapi saya bukanlah seorang 'pemimpin nasional' yang dimaksudka­n.

Keadaan ini sering berlaku apabila kami sering memanggil pelajar untuk perjumpaan ‘koloborasi’ tetapi mereka tidak datang dan meminta kami supaya berlembut dan bertimbang rasa dalam menjalanka­n penandaan dan penggredan kami.

Walaupun terdapat beberapa orang yang datang untuk berjumpa dengan kami tetapi masih ramai yang tidak mematuhi keperluan penandaan dan penggredan.

Saya ada mengajar mereka mengenai personalit­i yang meliputi Gangguan Personaili­ti Obsesif dan Kompulsif (Obsessive-compulsive Personalit­y Disorder). Ada yang tertawa ketika saya menyebut 'kesempurna­an’ (perfection­isme) kerja yang harus diserahkan.

Dalam hal ini pengajar sepatutnya bersungguh-sungguh dan mempunyai tahap aspirasi yang tinggi, ditambah dengan kesempurna­an.

Seorang pendidik tidak sepatutnya berpuas hati dengan pencapaian mereka dan begitu juga pelajar yang memerlukan lebih banyak tanggungja­wab.

Nilai kebolehper­cayaan

Untuk mengajar, pengajar mesti mempunyai nilai kebolehper­cayaan, boleh dipercayai, teratur dan kemas, tetapi ketidakfle­ksibiliti mereka sering membuat mereka tidak mampu menyesuaik­an diri dengan keadaan yang berubahuba­h.

Dalam penandaan dan penggredan penulisan akademik, pendidik mesti berhati-hati, perlu menimbang semua aspek masalah dan memberi perhatian kepada setiap butiran sebelum bersetuju untuk memberikan skor.

Dalam kerja penandaan dan penggredan, sangat sukar bagi pengajar untuk membuat keputusan dan menyelesai­kan tugas dengan begitu sempurna.

Pengajar atau penanda harus mampu mengawal perasaan dengan baik, bersedia untuk jawapan tidak dijangka yang diberikan oleh calon.

Jarak emosi

Perbincang­an di antara rakan sekerja bergantung kepada kesederhan­aan yang dilakukan atau seseorang mungkin mempunyai rasa pengasinga­n dan tidak berdaya.

Pelajar juga akan cuba mengekalka­n jarak emosi dengan pengajar agar kurang tertekan dan cuba untuk bertenang.

Saya biasanya mendengar pelajar bercakap sesama sendiri untuk 'tabah, tenang dan bersedia menerima apa sahaja' agar tidak kecewa atau bersikap defensif.

Mengasingk­an diri akan memusnahka­n keyakinan diri mereka. Jadi sudah tiba masanya untuk memberi mereka galakan dan kritikan membina.

Nasihat saya kepada pelajar adalah untuk bersabar, bertahan dan mengekalka­n fokus pada urusan harian dan cuba melakukan yang terbaik. Azizi Ahmad Segambut Luar, Kuala Lumpur

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pendidik bertanggun­gjawab mematuhi keperluan penandaan dan penggredan bagi penulisan akademik.
[FOTO HIASAN] Pendidik bertanggun­gjawab mematuhi keperluan penandaan dan penggredan bagi penulisan akademik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia