Berita Harian

Fasha cari kualiti

Enam kali rangkul trofi ABPBH, bintang Lara Aishah letak syarat tinggi demi prestasi seni

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my

Selepas 16 tahun menceburi persada seni, Fasha Sandha terbukti terus relevan. Di sebalik kehadiran heroin baharu, Fasha atau nama penuhnya, Nur Fasha Sandha Hassan percaya kepada rezeki.

Malah, selagi bakatnya diperlukan, selama itulah dia optimis berkongsi minat dunia lakonan dengan khalayak. Ternyata, rasa cintanya dalam dunia seni tidak pernah luntur biarpun seinci.

Sepanjang mengabdika­n diri sebagai anak seni, ibu tunggal yang memiliki sepasang cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 5, dan Putri Raysha Jemyma, 3, ini pernah diiktiraf di pentas Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebanyak enam kali.

Empat daripada trofi yang berada dalam simpanan Fasha adalah hasil kejayaan mengunggul­i kategori Pelakon TV Wanita Popular, manakala dua trofi lagi, kategori Pelakon Filem Wanita Popular.

Pada edisi ke-31, sekali lagi Fasha tercalon dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular berdasarka­n impak lakonannya dalam drama bersama Nazim Othman.

Malah, Fasha dan Nazim turut dicalonkan dalam kategori online, Pasangan Serasi Drama.

“Enam trofi yang diraih pada ABPBH sudah menjadi kenangan terindah. Ketika itu, saya menjadi antara artis yang paling aktif.

“Berbeza dengan sekarang kerana fokus saya beralih kepada dua cinta hati iaitu dua anak. Keutamaan memang lebih kepada mereka yang kian membesar di depan mata berbanding kerjaya,” katanya.

Fasha bersyukur pada ABPBH 31, namanya masih dipilih dalam kalangan 20 calon kategori Pelakon TV Wanita Popular.

“Jelas ramai pelakon tak kira lama atau baharu yang terus popular. Namun jujur, saya tidak nampak kemenangan saya kerana persaingan calon lain cukup hebat.

“Bagaimanap­un, saya tetap memberi sokongan kepada ABPBH 31.

“Tak menang, tidak mengapa. Cukuplah sekadar memeriahka­n anugerah berprestij di Malaysia ini,” katanya.

Kekal menjadi pilihan produksi dan pengarah serta stesen TV, dalam kalangan penggiat industri, ramai tahu wanita kelahiran Johor Bahru, Johor, ini cukup berdisplin ketika bekerja.

“Jika soal disiplin dan komitmen saya masih diingati dan menjadi perbualan ramai, itu suatu kebanggaan diri secara peribadi.

“Saya bekerja dengan cara itu. Tiada apa yang mahu dibuktikan. Saya selesa begini untuk memudahkan produksi,” katanya.

Fasha juga percaya rezeki ada di manamana.

“Selagi mampu berlakon, saya akan terus berkongsi bakat. Saya hanya inginkan terbaik dalam lakonan. Sekarang saya hanya fikirkan kualiti berbanding kuantiti.

“Malah, saya tidak melihat bakat baharu sebagai pesaing. Saya jalani seperti biasa rutin ini.

“Apa yang saya lakukan hanya untuk membesarka­n anak,” katanya yang ketika ini sedang melunaskan baki penggambar­an drama slot

Samarinda sebanyak 15 episod ber

judul Mawar Murni.

Aidil kawan baik

Ketika ini, ramai tahu kisah panas yang mengaitkan dirinya dengan pelakon Aidil Aziz.

Biarpun tidak menafikan atau mengiyakan hubungan cinta yang terjalin antara mereka, melihat pada kemesraan pasangan ini, ramai dapat mengagak ada sesuatu bagai usikan katakata ‘dalam hati ada taman’.

Sehingga kini, Fasha dan Aidil lebih selesa meletakkan hubungan atas dasar kawan. Malah, Aidil yang sering disapa Pak Ngah oleh Fasha di laman Instagram, begitu mesra dengan anaknya.

Barubaru ini terdengar desasdesus kononnya mereka menempah baju pengantin.

Ditanya apakah ada perancanga­n ke arah membina mahligai, Fasha selesa berkongsi jawapan berbaur diplomasi.

“Aidil adalah kawan baik saya. Memang dia rapat dengan anak saya. Saya selesa dengan status sekarang.

“Setakat ini, kami terus berkawan baik sahaja. Lagipun, banyak perkara yang harus saya utamakan dulu,” katanya.

Tak pernah daring

Menoktahka­n temu bual, Fasha turut ditanya mengenai gayanya kebelakang­an ini yang dilihat begitu daring termasuk cara berpakaian.

“Saya tidak daring. Cuma ada kala, semuanya atas tuntutan kerja. Saya mengenakan pakaian yang ditetapkan. Saya faham ada kalanya peminat tidak setuju dan pantas melabelkan saya seksi.

“Namun, saya yakin peminat sudah tahu menilai. Saya sedang mencuba menjadi insan lebih baik,” katanya.

Jika soal disiplin dan komitmen saya masih diingati dan menjadi perbualan ramai, itu suatu kebanggaan diri secara peribadi” Fasha Sandha Pelakon

 ??  ?? Lara Aishah
Lara Aishah
 ??  ?? Fasha bersama kelab peminatnya berzumba pada program #Fantastik ABPBH 31 di Istana Budaya.
Fasha bersama kelab peminatnya berzumba pada program #Fantastik ABPBH 31 di Istana Budaya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia