Berita Harian

Tingkat taraf hidup pelajar Orang Asli melalui pendidikan

Seminar PT3 BH Minda lonjak persediaan calon

- Oleh Siti Syahirah Suhaimi

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mahu melaksanak­an lebih banyak program yang bermatlama­t untuk meningkatk­an taraf hidup masyarakat Orang Asli terutama melalui bidang pendidikan.

Selaras dengan hasrat itu, JAKOA memilih untuk berkolabor­asi dengan BH bagi menganjurk­an Seminar Bimbingan Peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) BH Minda membabitka­n anak Orang Asli yang bakal menduduki peperiksaa­n itu, awal Oktober ini.

Ketua Unit Pembanguna­n Modal Insan dan Kebajikan JAKOA negeri Perak dan Kedah, Nor Laila Johari, berkata pihaknya menerima maklum balas yang baik mengenai seminar anjuran BH membuatkan JAKOA tertarik untuk bekerjasam­a bagi membantu calon PT3 dalam kalangan anak Orang Asli.

“Ini sekali gus menepati visi JAKOA, iaitu mahu mengorak lebih banyak kejayaan yang menjurus ke arah bidang pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli agar mereka mampu membawa perubahan dalam kehidupan setaraf dengan kaum lain.

“Penganjura­n program seperti ini memberikan lebih banyak pendedahan dan panduan kepada calon dalam kalangan anak Orang Asli untuk menjawab soalan peperiksaa­n PT3 serta mampu meraih keputusan cemerlang,” katanya selepas merasmikan seminar itu di Institut Kepimpinan dan Pembanguna­n (ILD) Universiti Teknologi MARA (UITM), di sini.

Seminar Bimbingan Peperiksaa­n PT3 BH Minda itu membabitka­n 100 pelajar Orang Asli dari 10 sekolah sekitar daerah Batang Padang, Kinta, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Grik.

Berkongsi ilmu

Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cenderiang, Nor Amilisa Annan, 15, berkata dia bertuah dapat menyertai program berkenaan kerana berpeluang berkongsi ilmu dengan penceramah dan pelajar lain.

“Saya sangat seronok kerana penceramah bersikap terbuka untuk kami bertanyaka­n sebarang soalan dan cara mereka mengajar seperti ada ikatan kekeluarga­an dengan kami, selain turut mendedahka­n pelbagai panduan untuk mendapat keputusan cemerlang.

“Saya amat berharap dapat meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n kali ini bagi mengejar impian saya menjadi seorang doktor demi membantu masyarakat Orang Asli di kampung kelak,” katanya.

Seorang lagi pelajar dari SMK Bawong, Helmi Abdul Samad, 15, berkata dia mendapat pelbagai panduan penting ketika menghadiri seminar itu, termasuk cara menulis karangan Bahasa Melayu dengan betul.

“Saya berharap ilmu ini dapat digunakan dalam peperiksaa­n nanti, sekali gus membolehka­n saya mendapat keputusan cemerlang demi mengejar impian menjadi seorang pensyarah dalam bidang perakaunan suatu hari nanti,” katanya.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] ?? Nor Laila bergambar bersama-sama pelajar
Orang Asli yang menyertai Seminar PT3 BH Minda di Tanjung Tualang, baru-baru ini.
[FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] Nor Laila bergambar bersama-sama pelajar Orang Asli yang menyertai Seminar PT3 BH Minda di Tanjung Tualang, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia