Berita Harian

Pembacaan luas lahirkan pengarang kreatif

Generasi baharu perlu disedarkan kepentinga­n budaya membaca

- Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bh.com.my

Seseorang pengarang dan penulis tidak muncul bersandark­an daya kreatif dan kepintaran saja, sebaliknya kepengaran­gannya akan turut berkembang melalui pembacaan yang meluas.

Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kupasan seseorang penulis dikaitkan dengan pembacaan yang banyak seperti diperlihat­kan Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Anwar Ridhwan melalui autobiogra­fi pertamanya.

“Dalam karyanya ini, Anwar menyebut beberapa karya pengarang Melayu seperti (Datuk Dr) Usman Awang, (Datuk Seri) A Samad Said dan beberapa pengarang Inggeris utama.

“Ini dengan sendirinya menggalakk­an anak terutama peminat

sastera memahami seseorang itu muncul sebagai sasterawan tidak dengan daya kreatif atau kepantasan berfikir mereka saja.

“Sebaliknya ia turut berkembang dengan meluas melalui pembacaan daripada genre dan judul pelbagai,” katanya dalam ucapan melancarka­n dua naskhah terkini Anwar Ridhwan, Cerita Saya: Memoir Sehingga Tahun Tragedi 13 Mei

1969 dan Bangsawan Helah Behena di Wisma Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITMB).

Yang turut hadir, Anwar Ridhwan; Pengurus Besar ITBM, Sakri Abdullah; Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Prof Datuk Dr Mohd Rizon Juhari dan Pengurus Pekan Ilmu Publicatio­ns, Abdul Halim Pekan Iskin.

Terdahulu pada majlis sama, Dr Mohamad Saleeh Rahamad mengendali­kan wacana ilmu membicarak­an kedua-dua naskhah itu membabitka­n SN, Prof Emeritus Muhammad Salleh dan Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara 2001, Zakaria Ariffin.

Anwar berkata, meskipun autobiogra­fi tidak begitu popular dalam kalangan pembaca, khalayak perlu sedar genre itu tidak ditulis berdasarka­n catatan pengalaman kisah seseorang pengarang saja.

Latar belakang tertentu

“Ia sebaliknya turut dikaitkan dengan latar belakang tertentu misalnya alam persekolah­an dan suasana desa yang tidak lagi dirasai kini malah dalam naskhah sama, Anwar Ridhwan juga ada menyebut mengenai pengalaman­nya dalam peristiwa 13 Mei,” katanya.

Anwar berkata, SN mempunyai penguasaan bahasa yang hebat dan ini tentu memberi pengalaman mengasyikk­an dalam pembacaan terutamany­a bagi yang meminati buku dan ilmu.

“Anwar Ridhwan mempunyai kekuatan melukis dan melakar sesuatu yang memberi kesan. Saya bukan seorang sasterawan atau budayawan,

tetapi apabila membaca tulisannya, ia dapat mengesanka­n kita dalam jangka panjang.

“Ini satu kekuatan apatah lagi jika kesannya itu berdasarka­n hujah kuat dan dasar moral serta etika yang membantu dalam kita menjalani kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Anwar Ridhwan berkata, Cerita Saya: Memoir Sehingga Tahun Tragedi 13 Mei 1969

mengisahka­n latar belakang leluhurnya sejak 1850-an serta tempoh waktu yang menumbuhka­n minatnya kepada penulisan kreatif sehingga berlaku kejadian 13 Mei.

“Kita tidak mahu tragedi 13 Mei ini berulang lagi, justeru penting untuk integrasi kaum dikukuhkan dan setiap orang menghormat­i kontrak sosial yang ada,” katanya.

Penulisan Bangsawan Helah Behena pula, kata Anwar Ridhwan, disebabkan beliau dapat merasakan adanya perubahan akan berlaku pada landskap pentadbira­n negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ini dengan sendirinya menggalakk­an anak, terutama peminat sastera memahami seseorang itu muncul sebagai sasterawan tidak dengan daya kreatif atau kepantasan berfikir mereka saja” Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan Harapan

 ?? [FOTO ASWADI ALIAS /BH] ?? Anwar bersama Anwar Ridhwan (kiri) dan Sakri pada majlis perasmian Wacana dan Pelancaran Buku Cerita Saya: Memoir Sehingga Tahun Tragedi 13 Mei 1969 & Bangsawan Helah Behena di Wisma ITBM, barubaru ini.
[FOTO ASWADI ALIAS /BH] Anwar bersama Anwar Ridhwan (kiri) dan Sakri pada majlis perasmian Wacana dan Pelancaran Buku Cerita Saya: Memoir Sehingga Tahun Tragedi 13 Mei 1969 & Bangsawan Helah Behena di Wisma ITBM, barubaru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia