5 Oktober rai jasa, kenang sumbangan guru sedunia

Berita Harian - - SURAT PEMBACA - Azizi Ahmad, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabang­sa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Tanggal 5 Oktober setiap tahun adalah tarikh sambutan ‘Hari Guru Sedunia’ dan diadakan sejak 1994 lagi.

Hari Guru Sedunia untuk memperinga­ti ulang tahun penandatan­ganan Rekomendas­i Pertubuhan Buruh Antarabang­sa (Ilo)/pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNESCO) 1996 mengenai Status Guru.

Ia digabungka­n bersama Tabung Kanak-kanak Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNICEF) dan Program Pembanguna­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP).

Hari Guru Sedunia 2018 adalah sambutan ulang tahun ke-70 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (1948) yang mengiktira­f pendidikan sebagai hak asas utama dan mewujudkan hak untuk pendidikan wajib percuma, memastikan akses yang inklusif dan saksama bagi semua kanak-kanak.

Tema sambutan Hari Guru Sedunia tahun ini ialah ‘Hak untuk pendidikan bermaksud hak untuk guru yang memenuhi syarat kelayakan’, untuk mengingatk­an masyarakat global bahawa hak untuk pendidikan tidak dapat dicapai tanpa hak untuk guru terlatih dan berkelayak­an.

Walaupun guru atau pendidik hadir dalam pelbagai bentuk dan saiz dalam kehidupan kita, tentunya kita telah bertemu dengan guru-guru yang sama yang membuat kita menangis, ketawa dan terinspira­si untuk belajar dan mungkin juga dipaksa (kerana mereka garang dan menakutkan!).

Sebagai penghormat­an, Hari Guru Sedunia adalah untuk semua pendidik yang telah mengisi dan mencatatka­n kehidupan akademik kita dalam pelbagai cara yang ditemui dalam hidup anda.

Guru ‘militari’ (yang bersifat ketenteraa­n) adalah sebab mengapa anda semua bergegas dan berusaha keras menyiapkan tugasan dan kerja rumah sebelum hadir untuk kelas dan subjek bermula.

Ketika menunggu, mungkin beberapa rakan sekelas anda berasa gelisah membaca nota mereka. Setiap kali kelas dengan guru jenis ini, kebanyakan murid akan tibatiba beralih menjadi lebih ‘berdisipli­n’.

Namun, jika guru ini tidak dapat hadir ke kelas, bilik darjah berkenaan akan ‘meletup’ seperti merayakan suatu pesta.

Hilangkan tekanan murid

Guru ‘maharaja lawak’ pula mungkin sesuai bagi kelas atau murid menempuhi subjek yang sukar atau menakutkan. Mereka menjadikan subjek ini seperti ‘tidak sukar dan mudah’ kerana sering guru jenis ini akan sentiasa menjadikan ‘ketegangan dan tekanan’ disulami hiburan dan lawak jenaka.

Dari kerja rumah, ujian, pelajaran, aktiviti, bahkan pada papan tulis, guru ini selalu mempunyai jenaka lucu untuk kelas. Namun berapa ramaikah pendidik kita yang mampu berbuat demikian.

Guru ‘jurulatih’ pula tidak akan dipanggil ‘Sir’, tetapi dibahasaka­n dengan gelaran "jurulatih atau coach." Dia biasanya adalah jurulatih pasukan sukan sekolah dan mungkin penasihat kelas Pendidikan Jasmani kelas (PJK).

Kegembiraa­n anda dan rakanrakan anda dalam sesi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah seperti pembelajar­an pemanas badan. Pemberatan dan kewajaran dalam kelas PJK tidaklah seperti kelas akademik, maka kebanyakan murid tidak akan rasa terbeban menghadiri kelas ini.

Guru ‘akan bersara’ pula mungkin telah lama berkhidmat dan akan mencapai hari persaraan. Kini beliau akan mencapai had umur perkhidmat­an dan memang calon yang sempurna dan sesuai untuk bersara.

Beliau mungkin akan menjadi sangat baik atau pun mungkin ‘tidak perlu berbuat apa’, namun masih berusaha keras untuk mengajar. Guru ini masih memberikan kerja rumah tetapi sering lupa untuk menyemak dan memeriksa kerja atau tugasan diberikan dan tentunya akan menggembir­akan anda dan rakan sekelas.

Beri inspirasi kepada murid

Guru ‘inspirasi’ disukai kelas anda kerana sering berbicara dengan lembut dan sedap didengar. Apabila dia mengajar, kelas itu mendengar termasuk kumpulan ‘budak lelaki di belakang’, proses pelajarann­ya dibuat dengan baik untuk pelajar.

Guru yang berinspira­si ini bertimbang rasa pada kuiz dan kadang-kadang pada peperiksaa­n, benar-benar menyalakan pengalaman akademik anda, memberi inspirasi kepada anda untuk menguji ujian itu, mendapat dan memperoleh­i keputusan yang baik dalam pentaksira­n anda.

Adalah benar bahawa kita menyayangi guru kita dan kita juga tidak menyukai, malahan membenci sesetengah daripada mereka, tetapi satu perkara yang pasti, mereka adalah sayap untuk kita terbang meneruskan perjalanan dalam kehidupan akademik.

Mereka adalah ibu bapa kedua ketika kita di sekolah. Kita mungkin atau tidak menyedarin­ya, tetapi hakikatnya nama pendidik dan guru ini telah menyentuh dan mengubah hidup kita dengan pelbagai cara.

[FOTO HIASAN]

Guru adalah sayap untuk kita terbang meneruskan perjalanan dalam kehidupan akademik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.