Terengganu nafi dakwaan premis anjur festival bir

Berita Harian - - ISU -

Kuala Terengganu: Kerajaan Terengganu menafikan dakwaan kononnya terdapat premis di negeri ini akan menganjurkan festival bir kontroversi, Oktoberfest.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman, dalam satu kenyataan berkata, kerajaan negeri menerusi wakilnya sudah membuat kunjungan terhadap premis yang didakwa akan menganjurkan pesta itu bagi mendapatkan penjelasan.

Bagaimanapun, beliau berkata, premis berkenaan memang memiliki lesen menjual minuman keras, pemiliknya mengesahkan tiada sebarang sambutan Oktoberfest akan dianjurkan seperti didakwa.

Tular tak benar

“Saya ingin menegaskan bahawa apa yang tular di media sosial kononnya Oktoberfest akan diadakan di Kuala Terengganu adalah tidak benar.

“Sehingga kini kerajaan negeri tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk tujuan penganjuran Oktoberfest di negeri ini.

“Justeru, kerajaan negeri akan sentiasa memantau dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada penganjuran program berkenaan di Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di Facebook milik Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.