‘Saya boleh rasakan kebebasan media’

Berita Harian - - PILIHAN RAYA KECIL -

Port Dickson: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berpuas hati dengan laporan media sepanjang proses kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

“Saya boleh rasakan kebebasan media ketika ini. Saya pasti pihak media juga berasa lebih bebas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Media di sini, semalam.

Praktik etika kewartawanan

Dr Wan Azizah berharap kebebasan media yang diberikan kerajaan digunakan sebaik mungkin oleh pengamal media ketika ini.

“Media perlu sentiasa mempraktikkan etika kewartawanan dan bertanggungjawab terhadap setiap laporan.

“Jangan putar belitkan atau membuat spekulasi. Perlu seimbang dan raikan demokrasi dalam menerapkan konsep kebebasan media di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden PKR itu yang sedang bercuti bagi membantu kempen suaminya yang juga calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, PRK kali ini berjalan lancar walaupun persaingan agak sengit.

“Kita ada bekas Menteri Besar, personaliti media sosial dan calon lain bagi PRK kali ini.

“Bagaimanapun, saya harap pengundi di Port Dickson memberikan peluang kepada Anwar untuk berkhidmat sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Dr Wan Azizah ketika melawat Pusat Media di Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.