Tidak perlu tubuh badan profesional baharu: Pakar

Berita Harian - - KEMALANGAN -

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak perlu mewujudkan badan profesional baharu untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap pemandu kenderaan berat yang melanggar peraturan jalan raya.

Tugas itu boleh dijalankan secara berkesan oleh agensi kerajaan sedia ada seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bekas Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Profesor Dr Wong Shaw Voon, berkata apa yang perlu dilakukan adalah memperkukuhkan kerjasama antara jabatan terbabit bagi memastikan penguatkuasaan dapat dipertingkatkan dan dijalankan secara berterusan serta sistematik.

“Agensi kena nilai kecekapan, kecergasan pemandu secara berterusan kerana itu bukan alasan untuk culas walaupun mereka sudah memiliki lesen.

Amalan pemanduan selamat

“Tingkah laku, tabiat dan rekod kesalahan pemandu juga perlu diberi perhatian supaya amalan pemanduan selamat dapat dikekalkan, sekali gus meminimumkan risiko kematian pengguna jalan raya akibat kemalangan membabitkan kenderaan berat.

“Pemantauan secara sistematik adalah sangat penting terhadap pemandu kenderaan berat, komersial atau persendirian,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada badan profesional baharu wajar diwujudkan bagi memantau sikap pemandu kenderaan berat yang sering kali menjadi penyebab kemalangan jalan raya. Mengulas lanjut, beliau berkata, sistem demerit yang dilancarkan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) juga adalah satu kaedah yang digunakan bagi mengekang sikap pemanduan tidak berhemah, terutamanya dalam kalangan pemandu kenderaan berat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.