Abam terkejut jadi calon akhir

Berita Harian - - B*POP -

Bagi finalis Artis Komedi Popular, Abam, dia sebenarnya terkejut apabila masih mampu menempatkan diri dalam kelompok lima teratas kategori berkenaan.

Katanya, dia tidak mempunyai projek besar atau terbabit dalam rancangan yang mencetuskan fenomena sepanjang tahun lalu.

“Saya akui, perjalanan kerjaya saya bergerak perlahan, sejak akhir-akhir ini. Saya kurang muncul di kaca televisyen, tetapi untungnya, peminat masih memilih saya. Berada dalam kelompok lima popular bersama-sama Zizan Razak, Jep Sepahtu, Mark Adam dan Jihan Muse sudah memadai buat saya.

“Saya tidak mungkin menggenggam trofi Artis Komedi Popular kerana saya sedar kekuatan Zizan,” katanya.

Pelakon filem

dan

itu berkata, dia lebih memberi tumpuan terhadap dunia perfileman, tahun ini.

“Saya baru sahaja menyelesaikan penggambaran filem, Jodoh Syaitan dan Zaara. Saya lihat, pergerakan industri seni semakin perlahan, penggambaran pun sudah berkurangan. Bagaimanapun, saya bersyukur masih menerima undangan persembahan,” katanya yang berusaha menurunkan berat badan sehingga

152 kilogram dalam tempoh lima bulan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.