Fikry enggan berasa selesa

Berita Harian - - B*POP -

Bagi calon akhir kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Fikry Ibrahim, dia melihat kekalahannya dari sudut positif.

Pelakon yang semakin mendapat perhatian ramai itu berkata, apabila kalah, ia memberi isyarat untuknya agar tidak terlalu selesa berjuang dalam industri hiburan yang sentiasa sarat dengan persaingan.

“Saya percaya, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Saya tidak kisah menang atau kalah kerana ia adat dalam sesebuah anugerah. Lagipun, ia bagaikan peringatan kepada saya supaya tidak terlalu selesa.

“Saya memang sudah menjangkakan Fendy Bakry antara calon pilihan ramai. Nyata, rezeki menjadi miliknya,” katanya yang turut dikenali sebagai pengacara.

Bagaimanapun, perasaan ralat tetap ada dalam diri mengenangkan pengorbanan peminat yang sanggup bersusah payah mengundi, malah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.