Cerita utama

Berita Harian - - B*POP -

Awalnya, saya tak kisah tidak terima bayaran atau dapat imbuhan ‘ciput’.

“Saya tidak mengenali sesiapa dan tiada sesiapapun daripada ahli keluarga yang berminat menjadi pelakon. Jadi, apabila peluang hadir, watak kecil atau besar, saya tidak akan mempersiasiakannya. Saya terpaksa bekerja keras selama lebih tiga tahun untuk menempatkan diri. Benarlah, usaha yang tidak pernah mengenal erti lelah pastinya membuahkan hasil.”

Hasil kerja, anugerah biar seiring

Ketika hatinya puas apabila mampu menggenggam dua anugerah dalam masa yang singkat, terbit juga kebimbangan dalam diri wanita cantik ini.

Tegasnya, dia belum berasakan sudah berada dalam zon selesa. Pada masa sama, semakin banyak anugerah diterima, semakin besar tanggungjawab yang dipikul olehnya.

“Saya tidak mahu netizen beranggapan saya belum layak menang anugerah apabila melihat hasil kerja sambil lewa.

“Apa yang dilemparkan, walaupun saya tidak ambil tahu, sedikit sebanyak terkesan di hati. Jadi, saya harus membuktikan hasil kerja dan lakonan saya selayaknya diiktiraf.

“Bukan lagi popular menjadi sandaran, tetapi hasil kerja yang berkualiti,” katanya yang akan terbang ke Eropah selama sebulan untuk menjalani penggambaran telefilem dan program pengembaraan, pertengahan bulan ini.

Keluarga sentiasa beri nasihat

Anak sulung daripada enam beradik itu turut meluahkan kebimbangan andai dirinya lupa diri sekiranya menjadi sanjungan ramai.

“Lagi orang kenal, lagi saya takut. Segala tindak tanduk dan batas pergaulan saya harus dijaga. Saya bimbang orang beranggapan saya semakin lupa diri.

Saya sering berpesan pada ibu, tegurlah jika saya nampak semakin berubah.

“Keluarga memang melepaskan saya, tetapi apabila melihat saya agak keterlaluan, mereka akan menarik saya semula.

Sebab itulah, sehingga hari ini saya memilih untuk tinggal bersama keluarga. Saya takut diuji ketika berada di puncak. Sekurang-kurangnya, saya masih ada keluarga untuk menasihati saya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.