SAWIT

Berita Harian - - BISNES -

Kontrak niaga hadapan mi sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif pulih daripada kerugian barubaru ini untuk ditutup lebih tinggi semalam, didorong minat belian baharu untuk komoditi.

Pakar Produk Derivatif Phillip Futures Sdn Bhd, David Ng, berkata permintaan di pasaran dipengaruhi pasaran minyak yang positif semalaman di Papan Perdagangan Chicago.

Ng berkata, tahap sokongan dan rintangan seterusnya dikesan pada RM2,100 satu tan dan RM2,250 satu tan.

Pada akhir bulan Oktober 2018 menokok RM17 kepada RM2,113 satu tan, November 2018 mencecah RM19 kepada RM2,145 satu tan, Disember 2018 meningkat RM22 kepada RM2,193 satu tan manakala Januari 2019 naik RM20 kepada RM2,233 satu tan.

Perolehan menokok kepada 34,137 lot daripada 32,903 lot pada hari Khamis, sementara kepentingan terbuka naik kepada 298,481 kontrak daripada 296,837 kontrak, sebelum ini.

Di pasaran fizikal, Oktober Selatan adalah RM10 lebih baik pada RM2,120 satu tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.