TIMAH

Berita Harian - - BISNES -

Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) menokok AS$20 un

AS$19,000 satu tan semalam, didorong oleh sentimen pelabur yang meningkat, kata peniaga.

Peniaga berkata harga pasaran timah tempatan menjejaki harga timah yang lebih tinggi di Bursa Logam London (LME), yang meningkat AS$210 kepada AS$19,210 satu tan dalam dagangan semalaman.

Harga minyak dunia dan pergerakan positif mata wang turut menjadi faktor peningkatan.

Pasaran tempatan disokong oleh pembeli dari China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Jerman, United Kingdom, Pakistan dan Bangladesh.

Bidaan sebanyak 48 tan daripada 40 tan semalam manakala penawaran berjumlah 43 tan daripada 35 tan sebelum ini, manakala jumlah dagangan meningkat kepada 43 tan daripada 35 tan.

Perbezaan harga antara PTKL dan LME mencatatkan diskaun AS$210 satu tan berbanding diskaun AS$20 satu tan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.