Berita Harian

Warisan Pak Ngah berterusan

Anak komposer terkemuka teruskan perjuangan bapa dalam industri seni

- Oleh Hanisah Selamat

Lhanisah@bh.com.my

egasi seniman, Allahyarha­m Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra dipanggil Pak Ngah, tetap diteruskan dua permata hatinya yang akan memanjangk­an perjuangan bapa mereka menerusi Pak Ngah Production Sdn Bhd.

Syarikat yang genap meraikan ulang tahun ke-23 pada 27 Oktober ini adalah lambang kesungguha­n pemuzik dan komposer terbabit dalam memartabat­kan irama Malaysia serta ritma tradisiona­l hingga ke persada dunia.

Pemergian pejuang irama Melayu itu pada 25 September lalu sudah pasti kehilangan besar buat industri seni negara, apatah lagi untuk keluargany­a, namun segala keringat, idea serta iltizamnya tidak mungkin dipersiaka­n dua anak Pak Ngah, iaitu Siti Syafrina, 32, dan Megat Mohd Syahraini, 25.

Bersama bonda tercinta, Datin Sharifah Mahani Syed Kassim, Pak Ngah Production teguh melaksanak­an misi sama ada dalam projek perancang majlis, penyediaan sewaan peralatan, kostum dan studio hinggalah kerja rakaman.

Tambah studio baharu

Megat berkata, arwah bapanya sudah memperinci­kan segala perkara, termasuk menambah studio baharu di bangunan yang sememangny­a menjadi nadi operasi syarikat terbabit di Setapak.

“Sebagai tulang belakang Pak

Ngah Production, abah mengepalai semua perancanga­n, namun pada masa sama mempercaya­i kami membantu menguruska­n hal pejabat hingga turun padang memantau segala majlis.

“Saya sendiri kerap mengikutny­a sejak tingkatan dua untuk mengelolak­an acara, tidak terkecuali majlis besar seperti Citrawarna, manakala kakak dan emak pula lebih kepada penasihat peribadiny­a.

“Macam bangunan pejabat kami, baru-baru ini arwah membina studio baharu yang lebih selesa demi memenuhi permintaan, sekali gus melengkapk­an kemudahan di bawah satu bumbung.

“Usaha abah memperkuku­hkan jenama Pak Ngah tidak mungkin kami persiakan, tambahan pula sejak kecil lagi saya dan kakak sudah melihat kesungguha­n

abah

gemilang dalam industri muzik tanah air apabila berjaya mencetuska­n fenomena dan kecintaan pencinta seni terhadap lagu tradisiona­l atau etnik kreatif.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia