Haslinda tak kesal tinggal nyanyian

Penyanyi Sehati Dan Sejiwa akui dahulu penat harungi cabaran anak seni, kini kembali bersama album artis 90-an

Berita Harian - - B*POP - Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

[email protected]

atkala meletakkan titik noktah pada kerjaya nyanyiannya, penyanyi yang pernah popular dengan lagu, Sehati Dan Sejiwa, Haslinda, 40, tidak terfikir untuk berpaling semula.

Baginya, cukuplah dulu terlalu penat dirinya menempuh ranjau dan duri sebagai anak seni.

Biarpun nama Haslinda pernah meniti di bibir peminat apabila Sehati

Dan Sejiwa yang diangkat sebagai lagu tema drama bersiri popular, Cinderella, menjadi siulan ramai pada 1998, perjalanan kerjayanya tidak lagi memuncak selepas muncul dengan album kedua dan ketiga.

Sejurus berkahwin sekitar 2007, penyanyi yang berasal dari Klang, Selangor, ini terus mengikut suaminya, Syarinoor Sahimi, 45, yang juga kakitangan Bank Negara Malaysia berpindah ke Kuala Terengganu dan Johor Bahru selama tujuh tahun.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Eidorra Kasih, 11, Eidorra Sofia, 9, dan Scyazriee Di Maria, 8.

Tumpu keluarga

Haslinda atau nama sebenarnya, Norhaslinda Aripah, berkata dia tidak pernah menyesal meninggalkan dunia nyanyian demi memberikan tumpuan pada kehidupan rumah tangga.

“Selepas berkahwin, saya bunting pelamin anak pertama. Kemudian, anak kedua dan ketiga pula dilahirkan agak rapat. Hanya setahun jarak usia mereka.

“Perjalanan kerjaya nyanyian saya sememangnya bergerak perlahan sebelum saya mengambil keputusan berkahwin dan bersara. Apabila berkahwin, tumpuan saya sepenuhnya pada keluarga. Jadi, saya tidak fikir mahu menyambung semula kerjaya nyanyian ketika itu. Sudah-sudahlah, saya pun rasa cukup penat.

“Saya langsung tidak mengambil tawaran mengadakan persembahan sejak 11 tahun lalu. Bagaimanapun, saya tidak menolak sekiranya diminta menyanyi apabila ke majlis kenduri kahwin dan acara tertentu,” katanya yang kini sudah berpindah ke Shah Alam sejak empat tahun lalu.

Masih ada peminat menyapa

Haslinda yang turut popular dengan lagu dan berkata, biarpun sudah lama tidak menyanyi, masih ada peminat yang menyapanya.

“Ketika saya berpindah ke Kuala Terengganu, ada peminat menegur saya biarpun sudah beberapa tahun tidak menyanyi.

Sebening Cintamu Telus Asmara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.