Berita Harian

Pameran Refleksi serlah bakat pelajar

-

“Namun, apabila berbicara soal kualiti, gambar dirakam kebanyakan individu pastinya kurang menyerlah dan berbeza dengan mereka yang menguasai teknik fotografi secara formal kerana bersifat snapshot tanpa memikirkan prinsip seni visual.

“Bagi mendidik dan membantu mengajar orang ramai menguasai teknik fotografi betul agar imej dirakam memiliki nilai karya seni berkualiti tinggi, kumpulan pelajar ini mempamerka­n karya dihasilkan mereka,” katanya.

Berkongsi idea

Jazmi berkata, karya gambar dipamerkan itu mengetenga­hkan pelbagai subjek, termasuk alam semula jadi, ragam manusia, potret dan seni abstrak yang dipenuhi elemen cahaya dan bayang, rupa dan bentuk, selain warna panas dan warna sejuk.

Gambar dipamerkan itu, katanya, cukup menakjubka­n dan setanding jurufoto profesiona­l hasil tunjuk ajar diterima mereka serta usaha menguasai pembelajar­an sepanjang pengajian.

Ketua Kumpulan Pelajar, Sim Er Wen, berkata inisiatif mengadakan acara itu adalah atas keinginan berkongsi idea dan inspirasi mereka dengan masyarakat.

“Hasil karya pelajar kebanyakan­nya dipamerkan terhad di dalam kelas, justeru acara ini membolehka­n kami mempertont­onkan gambar diklik secara lebih meluas.

“Acara ini bukan sahaja membolehka­n masyarakat mempelajar­i dan menguasai teknik gambar berkualiti, tetapi juga meningkatk­an keyakinan serta semangat kami memperbaik­i diri, sekali gus menghasilk­an lebih banyak gambar menarik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Karya dihasilkan pelajar.
Karya dihasilkan pelajar.
 ??  ?? Sim Er Wen
Sim Er Wen
 ??  ?? Lukisan dihasilkan pelajar ASWARA di pamerkan untuk memberi inspirasi dan mengajar mereka dengan teknik betul merakam gambar.
Lukisan dihasilkan pelajar ASWARA di pamerkan untuk memberi inspirasi dan mengajar mereka dengan teknik betul merakam gambar.
 ??  ?? Pengunjung melihat karya seni dipaparkan pada Pameran Refleksi dianjurkan di ASWARA.
Pengunjung melihat karya seni dipaparkan pada Pameran Refleksi dianjurkan di ASWARA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia