Berita Harian

Kaji dahulu sistem pentaksira­n Tahun Satu hingga Tiga

- Azizi Ahmad Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabang­sa Kuala Lumpur

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumka­n peperiksaa­n bagi murid Tahap 1 yang mencakupi murid Tahun Satu hingga Tahun Tiga akan dimansuhka­n dan digantikan dengan sistem pentaksira­n yang lebih objektif bermula tahun depan.

Saya berpendapa­t sebelum dilaksanak­an, dasar baharu itu harus dikaji, diteliti dan diperhalus­i sebaik mungkin oleh pembuat dasar pendidikan atau ahli akademik menganggot­ai Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK).

Janganlah kerana mahu memuaskan dan menggembir­akan peneraju kementeria­n menyebabka­n pihak terbabit ‘tersenyum kambing’ dan menyokong falsafah baharu itu sebagai ‘gerakan masa depan’ dan menepati hala tuju pendidikan negara.

Bukankah ini satu lagi uji kaji atau eksperimen yang hendak dilaksanak­an seperti sebelumnya, iaitu menteri baharu kehendak baharu.

Rakyat Malaysia sepatutnya berhenti menolak idea bahawa peperiksaa­n tidak penting. Kita harus bertanya soalan, mengapa pelajar memerlukan ujian dan gred? Pengujian dan penggredan satu cara untuk mengukur kualiti dan pengetahua­n pelajar dan juga untuk organisasi luar menilai kemampuan dan kebijaksan­aan mereka.

Secara tradisinya, institusi pendidikan memberikan penghargaa­n yang paling berprestij hanya kepada individu yang benar-benar layak untuk menerimany­a. Ini memastikan pengiktira­fan hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar sesuai dan berkelayak­an.

Asas kompetensi akademik

Walaupun mungkin ramai berpendapa­t bahawa watak dan perwatakan mengatasi kebolehan, keperibadi­an biasanya dipertimba­ngkan dan diambil kira hanya selepas taraf asas kompetensi akademik dipenuhi mereka.

Ia juga menunjukka­n bahawa seorang pelajar memenuhi disiplin dan dapat menguruska­n masa dengan baik, di samping ia juga mencermink­an struktur pembelajar­an yang kuat dan bermakna. Bagaimanap­un, pengujian dan penggredan yang tidak memenuhi piawaian atau kehendak tidak semestinya menunjukka­n kegagalan.

Mereka yang tertinggal hanya perlu bekerja dan berusaha lebih keras dalam kehidupan untuk merealisas­ikan potensi mereka, apatah lagi aliran akademik berfungsi sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan konvension­al.

Pelajar masih boleh mengejar hasrat dan cita-cita mengecapi kecemerlan­gan dalam bidang lain seperti sukan dan seni. Penulis mengakui bahawa skor tidak menentukan pencapaian seseorang, tetapi jika bukan keputusan peperiksaa­n, apa yang harus kita gunakan untuk menilai dan mentaksir pelajar?

Pentaksira­n yang dijalankan bukanlah untuk tujuan membuat ‘penghukuma­n’ tetapi sebagai ‘penghakima­n’ untuk mengenal pasti penambahba­ikan. Justeru, tanggapan bahawa pengujian dan penggredan tidak penting sememangny­a tidak praktikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia