RUU pindaan AUKU 1971 ke Dewan Rakyat

Berita Harian - - ISU -

Kuala Lumpur: Rang Undang-undang (RUU) berhubung pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan dua akta berkaitan pendidikan dijangka dilakukan pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik, berkata selain AUKU, pindaan itu akan turut membabitkan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174).

Katanya, pindaan akan membabitkan pemansuhan peruntukan yang menghalang mahasiswa universiti terbabit dalam aktiviti parti politik di kampus seperti dalam Seksyen 15(2) (C) AUKU, Seksyen 47(2)(C) Akta 555 dan Seksyen 10(2)(C) Akta 174 yang terpakai kepada semua universiti awam, institusi pendidikan tinggi swasta dan politeknik, kolej komuniti dan institut perguruan.

Kukuh institusi demokrasi

“Langkah ini selari dengan transformasi politik dalam mengukuhkan institusi demokrasi terutamanya bagi memberi lebih ruang kepada mahasiswa bersuara dan terbabit dengan aktiviti politik di kampus

“Selain itu, ia bertujuan untuk menghasilkan graduan yang seimbang dan berupaya dalam menyuarakan pendapat mengenai isu semasa,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata beberapa peruntukan dalam AUKU yang digunakan pada masa ini perlu disesuaikan dengan pelan transformasi yang diusahakan kerajaan baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.