Bekas KM Sabah tak hadir pembentangan belanjawan

Berita Harian - - ISU -

Kota Kinabalu: Tan Sri Musa Aman tidak kelihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pembentangan Belanjawan 2019 Sabah oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, semalam.

Speaker DUN, Datuk Syed Abas Syed Ali, ketika memulakan sidang DUN bagaimanapun tidak memaklumkan ketidakhadiran mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagaimana lazim jika ada ADUN memberi notis tidak dapat hadir kerana kekangan tertentu.

Musa pulang ke Sabah pada Rabu lalu serentak dengan hari pendengaran keputusan kes saman di Mahkamah Tinggi yang difailkannya pada Jun lalu berkaitan kedudukan jawatan Ketua Menteri Sabah.

Mahkamah Tinggi membuat keputusan menolak saman yang difailkan Musa sekali gus mengesahkan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.

Pembentangan Belanjawan 2019 Sabah yang bermula jam 3 petang semalam adalah yang pertama bagi kerajaan pimpinan Parti Warisan Sabah (WARISAN) selepas mengambil alih pentadbiran negeri Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.