‘Dasar ICERD tak sesuai diamalkan di Malaysia’

Berita Harian - - ISU -

Jerlun: Tiada keperluan negara meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana dasar itu tidak sesuai diamalkan di Malaysia.

Menteri Besar yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata negara tidak perlu ‘mengimport’ dasar asing kerana dasar sedia ada di Malaysia jelas sudah mewujudkan keadaan aman damai.

“Kita berpendirian ia (ratifikasi) perlu dinilai sedalam-dalamnya kerana tidak mahu sesuatu yang melanggar Perlembagaan Persekutuan dan kalau kita faham tujuan ICERD adalah memberi kesamarataan bagi masyarakat minoriti.

“Tapi negara kita, ada dalam keadaan unik di mana pihak yang terpinggir daripada arus pembangunan perdana adalah masyarakat majoriti, jadi dia tak sama dengan asas wujudnya ICERD itu, ” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 100 pelajar di Dewan Padang Sera, di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy yang dipetik berkata, Kerajaan Persekutuan komited mengesahkan enam triti hak asasi, termasuk melaksanakan ICERD pada suku pertama tahun depan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan akan berbincang dengan semua pihak sebelum mengambil apa-apa tindakan.

Konvensyen terakhir dinilai

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, pula sebelum ini berkata ICERD adalah konvensyen terakhir akan dinilai kerajaan.

Pada masa sama, Mukhriz berkata, situasi sebenar yang berlaku di negara ini jelas tidak menyamai dengan asas kewujudan ICERD.

Justeru katanya, kerajaan akan sentiasa melihat apa yang boleh dilakukan bagi memastikan keadilan untuk semua pihak tercapai walaupun tanpa ICERD.

Di Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Kota Bharu,

(Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Dr Md Farid Md Rafik, berkata perbincangan masih pada peringkat awal berhubung cadangan ratifikasi ICERD yang mengambil kira peringkat akar umbi.

Katanya, masyarakat negara ini berbilang kaum dan majmuk jadi ia perlu mengambil kira dan pandangan semua pihak.

Timbulkan kebimbangan

“Kita sedang bincang lagi. Ada pihak yang sokong dan menentang. Kita kena lihat dari akar umbi kerana ia cukup penting hingga boleh menimbulkan kebimbangan masyarakat.

“Jadi, kita perlu berhati-hati kerana banyak kenyataan yang bercanggah dikeluarkan (laporan) tetapi datangnya daripada satu sumber,” katanya.

[FOTO AMRAN HAMID /BH]

Mukhriz menyampaikan sumbangan kepada pelajar di Dewan Padang Sera, Jerlun, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.