Perhalusi sirah, pupuk kasih sayang

Berita Harian - - #JOMCINTANABI -

mencintai manusia lain seperti Rasulullah SAW mencintai umatnya. Hal ini dibuktikan dengan banyak kisah pengorbanan, kebimbangan dan harapan Baginda terhadap keselamatan dan kebahagiaan umatnya,” katanya.

Ahmad Fakhrurrazi berkata, cara yang paling baik untuk memulakan rasa cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan berselawat.

Katanya, hubungan seorang Muslim dan Rasulullah SAW secara rohani wujud berdasarkan hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat baginya 10 kali dan digugurkan 10 kesalahan (dosa)nya serta ditinggikan baginya 10 darjat/tingkatan (di syurga kelak).” (HR Nasa’i).

Hubungan rohani

“Hubungan rohani ini diajar oleh Allah SWT dengan memerintahkan orang yang beriman untuk memperbanyakkan selawat ke atas Baginda. Malah Sheikh Nuruddin Al-raniri dalam kitabnya Durr al-faraid menyenaraikan tidak berselawat ke atas Nabi SAW apabila mendengar nama Baginda disebut sebagai antara dosa besar,” katanya.

Ahmad Fakhrurrazi berkata, penerapan cinta Nabi SAW juga boleh dimulakan dengan perasaan rasa kecintaan yang dimulakan dengan akal melalui pengetahuan dan kefahaman.

“Perasaan cinta kepada Rasulullah SAW perlu digemburkan dengan mengambil tahu peribadi Baginda. Perkara ini boleh dilakukan dengan mengamati catatan sirah bermula peristiwa sebelum kelahiran hinggalah kepada kewafatan Baginda.

“Namun, pengetahuan mengenai perjalanan atau sirah Nabi tidak harus disampaikan secara stereotaip sebaliknya perlu juga dikaitkan dengan pelbagai ilmu semasa termasuk sains.

Peristiwa itu mempunyai nilai ilmu dan akademik yang tinggi untuk umat manusia mengambilnya sebagai pelajaran,” katanya.

Beliau berkata, perasaan cinta terhadap Nabi Muhammad SAW boleh dipupuk dengan menerapkan watak Baginda yang penuh dengan kasih sayang.

“Sirah kehidupan Rasulullah SAW diperhalusi dengan mengenali ciri peribadi Baginda yang banyak dirakamkan oleh Sahabat RA seperti yang dihimpunkan oleh Imam Tirmizi dalam kitabnya, Syamail Muhammadiah yang memberi gambaran jelas fizikal dan segala perbuatan harian meliputi makan, tidur, aspek ibadat dan sosial.

“Fizikal dan akhlak Rasulullah SAW yang ditunjukkan dapat menyentuh emosi, sekali gus menjadikan Baginda sebagai model yang dikagumi.

“Dengan membayangkan Rasulullah SAW sentiasa dekat dan mendoakan umatnya, membantu kita untuk memahami pengorbanan dan cinta Baginda.

“Malah, umat Islam turut didorong untuk mempunyai keazaman dan cita-cita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW dalam mimpi,” katanya.

Ahmad Fakhrurrazi berkata, bagi membuktikan cinta kepada Rasulullah SAW juga disarankan untuk melazimi sunnah Baginda walaupun berbentuk amalan ringan dan mudah seperti memberi salam, murah dengan senyuman dan suka membantu orang lain.

Contohi akhlak

“Dengan mencontohi akhlak Rasulullah SAW dapat mewujudkan rasa tenang dan senang dalam hubungan dengan orang lain. Begitu juga hubungan dengan Allah SWT melalui ibadat fardu yang dilakukan atas rasa rindu kepada Baginda dengan membayangkan Baginda pernah melakukan ibadat sama suatu ketika dulu,” katanya.

Katanya, penerapan nilai cinta secara tidak langsung dapat melahirkan rasa penghormatan yang tinggi kepada Rasulullah SAW.

Rasa penghormatan itu boleh dikukuhkan lagi dengan mendalami ciri keistimewaan Rasulullah SAW sama ada dari aspek rohani atau jasmani.

“Perasaan jiwa menghargai Nabi SAW mencetuskan rasa ingin mengikuti segala ajaran Baginda untuk merealisasikan tuntutan sebagai hamba dan khalifah sebaik mungkin.

“Seseorang yang dibangunkan dengan jiwa mencintai Rasulullah SAW memiliki sifat mentauhidkan Allah SWT dengan benar, berkasih-sayang sesama makhluk dan suka menyebarkan kegembiraan serta kesejahteraan kepada seluruh alam,” katanya.

[FOTO HIASAN]

Cara paling baik memulakan rasa cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan berselawat. Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, Pensyarah Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, UKM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.