Penarafan kredit negatif tak beri kesan

MITI yakin pelabur asing terus melabur di Malaysia

Berita Harian - - BISNES - Oleh Sri Ayu Kartika Amri

profil fiskal negara.

Gred pelaburan A3

Moody’s sedang menilai Malaysia sebagai gred pelaburan A3 dengan prospek stabil.

Kerajaan menetapkan sasaran defisit belanjawan sebanyak 3.7 peratus tahun ini, jauh lebih besar daripada sasaran asal, iaitu 2.8 peratus .

Ia selepas kerajaan berkata perlu membelanjakan lebih daripada anggaran untuk hutang perkhidmatan dan bayaran balik cukai pentadbiran yang sebelumnya tidak dibayar.

Kerajaan juga bercadang untuk mengambil dividen yang besar daripada Petronas untuk membayar balik hutang daripada cukai input terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Kian Ming berkata, kerajaan juga tidak mengharapkan dividen khas daripada PETRONAS selama lima tahun lagi.

“Ia hanya untuk jangka pendek dan sementara bagi menampung kekurangan pembayaran balik GST,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau menyarankan supaya syarikat tempatan untuk merebut peluang menerusi dana bernilai RM210 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2019 bagi pelaksanaan industri 4.0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.