Cerita utama

Berita Harian - - HFA F FM -

Di sebalik dugaan berat yang pernah dilaluinya, pelakon tinggi lampai, Mimi Lana bersyukur masih diberi Allah untuk mengecap kemanisan dalam hidupnya.

Meskipun sudah tiga tahun berlalu, Mimi akur episod hitam ditahan berkaitan kes dadah masih membekas, malah sukar dipadam daripada ingatannya.

Namun, perlahan­lahan dia bangkit meloloskan diri daripada bayangan silam yang menyakitkan itu. Hari ini, Mimi, 22, bagaikan melepasi peperangan dalam diri apabila bakatnya mula diperkatakan.

Gadis yang mula mengecapi populariti menerusi drama rantaian, berlaku sudah berlalu. Biarpun masih ada yang terus mengungkit, Mimi tidak menyesali takdir kerana semua yang berlaku memberikan pengalaman paling bermakna dalam hidup.

“Tidak semua manusia diberikan ujian yang hebat. Mungkin selagi hayat dikandung badan kesannya akan dirasai, tetapi saya tetap bersyukur.

“Saya dijentik pada usia masih muda iaitu 19 tahun. Jika bukan kerana insiden itu, mungkin saya masih tidak berhati­hati dalam setiap langkah dan pergaulan.

“Segala­galanya tidak mudah untuk ditelan. Hanya dengan satu kontroversi, saya jatuh terduduk. Keluarga mendapat malu.

“Bagaimanapun, episod hitam ini mengajar saya erti hidup dan menjadikan saya lebih matang dan berani. Biarpun dikutuk, saya masih mampu tersenyum,” katanya.

Bangkit tebus maruah

Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Roziana Zainal Abidin berkata, dia tidak mahu terus menghancurkan masa depannya hanya disebabkan kecewa dengan kata nista yang dilemparkan.

“Saya mahu berubah demi keluarga dan masa depan. Saya perlu buktikan, saya tidak seburuk yang disangka. Saya mahu menebus maruah keluarga.

“Alhamdulillah, hari ini saya sudah berjaya bangkit daripada peperangan itu. Saya tidak mahu mempersia­siakan peluang kedua yang diberikan,” katanya.

Akuinya, lantaran berjauhan dengan keluarga pada usia muda, membuatkan dia gagal menilai antara kaca dan permata.

Gara­gara tersalah pergaulan, Mimi terpaksa berdepan episod hitam yang hampir memusnahkan reputasinya.

“Dulu, saya berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka menilai seseorang dari luaran.

“Tetapi, hari ini jangan kata mahu berkawan, melepak dengan orang tidak dikenali juga saya tidak selesa,” katanya.

Ku Tinggal Cinta Di Okinawa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.