Kenal erti persahabatan

Berita Harian - - HFA F FM -

Mimi, episod hitam itu juga membuka matanya kepada erti sebenar persahabatan. Dia mula mengenali siapa teman sejati yang setia di sisinya ketika susah dan senang.

“Ketika saya jatuh terduduk, kawan yang kononnya pernah berjanji mahu sehidup semati terus hilang. Ada pula yang hanya memandang, namun tidak melakukan apa-apa untuk memulihkan semangat saya.

“Justeru, saya tidak kisah jika ada yang menganggap saya sombong dan tidak suka berkawan. Saya pernah baik dengan orang, tetapi sudahnya saya terkena,” katanya yang sibuk dengan penggambaran drama bersiri, arahan Erma Fatima untuk slot Akasia di TV3.

Enggan tersalah langkah lagi

Pelakon yang mengukir nama semula menerusi drama dan itu berkata, dia pernah merasai kesusahan apabila namanya ditolak stesen TV.

“Rasa sakit itu membuatkan saya belajar. Hingga hari ini, saya masih menyimpan perasaan bersalah pada keluarga.

“Keluarga tidak pernah mengongkong, malah memberikan kepercayaan penuh. Saya tidak mahu tersilap langkah lagi.

“Apa saja tindak-tanduk, sayaakaningatpesanan keluarga dulu. Tiada keberkatan hidup tanpa restu keluarga. Saya percaya rezeki saya diterima semula atas doa keluarga,” katanya yang akan mengeluarkan jenamapakaian,blanc pada bulan ini.

Bukan Cinta Aku Halalkan Hati Yang Ku Curi Mawar Murni

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.