Variasi

Khai Bahar gigih gilap vokal elak bakat terus diragui

Berita Harian - - HFA F FM - Oleh Zaidi Mohamad

Dzaidim@bh.com.my

ua tahun di persada seni dan menggenggam 18 trofi, pencapaian itu adalah sesuatu yang membanggakan, apatah lagi ia diraih pada usia pembabitan yang masih hijau.

Meskipun ramai beranggapan, dirinya bertuah kerana mampu berlari pantas, Khai Bahar atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin berkata, ia datang bersama usaha tanpa mengenal lelah.

Anak kelahiran Perlis itu berkata, sama seperti insan seni lain yang baru memulakan langkah, dia juga mempunyai impian besar apabila bakatnya mula meraih perhatian.

“Tiada yang datang bergolek dalam hidup ini. Saya juga terpaksa mengharungi susah payah dan bersendirian ketika awal membina nama.

“Saya tidak pernah menyangka, sesuatu yang selama ini, dilakukan sebagai hobi kini menjadi punca utama rezeki.

“Alhamdulillah, perjalanan seni saya dipermudahkan.

“Namun, itu tidak bermakna saya juga bebas daripada kritikan. Awal dulu, mutu vokal saya pernah dipertikai, tetapi saya berusaha memperbaikinya,” katanya.

Tidak mahu bakat terus diragui, Khai pernah menuntut ilmu dengan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat. Namun, kekangan masa kerana perlu memenuhi pelbagai undangan persembahan membuatkan usahanya itu terhenti di pertengahan jalan.

Perbaiki kelemahan

Kesibukan bagaimanapun, tidak sesekali membuatkan Khai lupa memperbaiki kelemahannya. Ketika ini, persembahan penyanyi lain di Youtube sering menjadi sumber rujukan untuk membuktikan kematangannya, selari dengan pelbagai pengiktirafan yang diterima.

“Pelbagai komen yang dilontarkan di laman sosial terhadap persembahan saya juga menjadi panduan untuk saya tidak mengulangi kesilapan sama.

“Saya tidak mahu dikatakan hanya bertahan atas tiket populariti, sedangkan bakat tidak ke mana. Itu yang saya cuba elakkan kerana saya mahu dikenali atas dasar bakat,” katanya.

Langkah direstui

Mengimbau perjalanan singkatnya, Khai bersyukur diberi peluang yang mengukuhkan lagi portfolionya sebagai insan seni.

Meskipun masih baharu, penyanyi yang popular dengan lagu itu mendapat kepercayaan Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk berduet menerusi lagu

Khai juga bakal menjalin kerjasama dengan

Siti Nordiana menerusi sebuah lagu duet yang dijangka menemui peminat awal tahun depan.

“Secara jujur, saya tidak pernah terfikir diberi peluang berduet dengan nama hebat dalam industri muzik. Selama ini, saya sangkakan semua itu hanya angan-angan.

“Alhamdulillah, berkat usaha keras, pencapaian yang diraih sedikit demi sedikit membuka jalan untuk saya melangkah lebih laju.

“Terasa seperti mimpi apabila dapat bekerjasama dengan penyanyi terkenal seperti Siti Nurhaliza. Tanpa restu dan doa kedua-dua orang tua selain peminat, tidak mungkin semua ini akan saya peroleh,” katanya. Baju: Batik by Nusant Connection (@nusantconnection)

Cinta Syurga. Luluh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.