Angkut hadiah tajaan balik rumah

Berita Harian - - S -

Alahai, selebriti seorang ini tidak sudahsudah buat onar. Macam-macam kita dengar cerita mengenai selebriti ini.

Orangnya baik sangat, tetapi tindak-tanduknya sukar dijangka.

Khabarnya, si selebriti terbabit dengan sebuah program, baru-baru ini. Hadiah tajaan yang diperoleh agak lumayan.

Bagaimanapun, sumber memberitahu, selebriti ini sempat lagi ‘merembat’ hadiah itu. Usung bawa balik rumah... Hmmm.

Jadibualan

Si selebriti mungkin tidak nampak banyak mata yang memandang. Kisah dia angkut produk tajaan program itu menjadi perbualan hangat dalam kalangan kru produksi program itu. Kan, tidak manis mendengarnya.

Apa pun, bersikap jujur dan amanah dengan tanggung jawab yang diberikan. Itu hadiah tajaan yang harus diberikan kepada pemenang, kenapa pula mahu merembatnya? Tak fahamlah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.