Alya teruskan legasi babah

Arwah Azmil Mustapha restu anak gadis ikuti jejak sebagai pelakon

Berita Harian - - B*POP - Oleh Farhana Ab Rahman

Kfarhana@bh.com.my

erinduan terhadap ayah kesayangan, Allahyarham Azmil Mustapha yang menghembuskan nafas terakhir pada 14 Februari lalu tidak pernah bertepi.

Hampir sembilan bulan berlalu, Nur Alya Iman mengakui, ingatan terhadap insan bermakna dalam hidupnya itu tidak pernah terhakis, malah semakin menebal apabila dia turut mengikut jejak langkah arwah bapanya menjadi anak seni.

Sebak sebaik sahaja perbualan mula menyentuh mengenai kenangan bersama bapa kesayangannya, Alya berkata, kerinduan terhadap insan yang dipanggilnya babah itu semakin menggamit apabila dia berjinak-jinak dalam bidang lakonan.

Rapat dengan arwah bapa

“Sukar untuk saya mengungkapkan perasaan rindu itu kerana sejak kecil, saya memang rapat dengan babah. Apabila mula berkecimpung dalam bidang seni, saya terasa semakin dekat dengan babah.

“Sebelum ini. saya hanya melihat dan mengamati bagaimana babah bekerja, tetapi sekarang saya dapat merasai sendiri pengalaman menjadi pelakon.

“Ketika hayatnya masih ada, babah memberikan keizinan, malah menyokong sekiranya saya ingin mencuba nasib sebagai anak seni,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.