Prebiu rasmi Triton 2019 di Malaysia bulan ini

Berita Harian - - BISNES -

Daripada Lizam Ridzuan Bangkok: Mitsubishi Motors Corporation (MMC) pengeluar kenderaan jenama Mitsubishi mengumumkan pelancaran global untuk trak pikap model Triton baharu 2019.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Osa

Triton menyumbang sebanyak 15 peratus daripada jualan keseluruhan jenama itu dan menjadi salah satu model strategik global yang terpenting dalam meneruskan momentum perkembangan jenama berkenaan dalam industri.

“Saya yakin Triton baharu ini memenuhi pelbagai keperluan dan tujuan mobiliti buat pelanggan kami di lebih 150 negara dengan keteguhan, kelasakan serta keselesaan yang ditampilkan,” katanya pada pelancaran di sini, semalam.

Triton baharu ini dibangunkan merangkumi konsep ‘Kejuruteraan Melangkaui Keteguhan’ dengan penggayaan baharu pada bahagian hadapan tepi dan belakang, sistem Pacuan Empat Roda (4WD) yang dipertingatkan untuk prestasi ‘offroad’ serta sistem bantu pemandu dan keselamatan aktif.

Tawar cengkaman optimum

Model terbaru itu juga dibangunkan bersempena ulang tahun ke-40 model itu dikeluarkan di Kilang Laem Chabang, Thailand untuk pa

global yang dikendalikan oleh Mitsubishi Motors (Thailand) Co Ltd (MMTH).

Triton model 4WD baharu juga dilengkapi Super-select 4WD yang menawarkan cengkaman optimum dan karakter kawalan mengikut permukaan jalan atau Easy-select 4WD yang memudahkan pertukaran mod pemanduan untuk pelbagai permukaan jalan yang mana kedua-duanya meningkatkan prestasi jentera itu pada laluan off-road.

Mod off-road terbaharu iaitu Gravel, Mud/snow, Sand dan Rock akan mengawal kuasa penghantaran enjin, membrek serta mengurangkan gelinciran roda dengan memaksimumkan prestasi semua permukaan ekstrak kendiri, terutama dalam lumpur dan salji.

Untuk pasaran Thailand, ia akan mula dijual pada 17 November ini.

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akan melakukan prebiu rasmi Triton baru ini pada acara Pameran Motor Antarabangsa Kua 018) yang berlangsung di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari 23 November sehingga 2 Disember depan.

Masuko (dua dari kanan) pada pelancaran Triton baharu di Bangkok, Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.