TIMAH

Berita Harian - - BISNES -

Pasaran Timah Kuala Lum pur (PTKL) meneruskan peningkatan semalam untuk ditutup AS$140 lebih tinggi ke pada AS$19,270 satu tan semalam berikutan permintaan dirangsang oleh sentimen pasaran yang positif, kata peniaga.

Beliau berkata peniaga mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman timah yang positif di Bursa Logam London untuk ditutup AS$205 lebih tinggi kepada AS$19,350 satu tan.

“Permintaan terhadap PTKL agak tinggi semasa pembukaan dan ini mendorong kepada kenaikan harga,” katanya ke pada BERNAMA.

Bidaan dan penawaran, masing­masing sebanyak 44 tan hari ini manakala jumlah dagangan menambah kepada 44 tan daripada 28 tan semalam, dengan pembelian dari China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Jerman, Pakistan, Bangladesh dan pembeli tempatan.

Perbezaan harga antara PTKL dan LME meningkat US$80 hari ini daripada US$15 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.