EMAS

Berita Harian - - BISNES -

Harga emas susut ke paras terendah dalam seminggu pada Jumaat, dan berada di landasan penyusutan terbesar sejak Ogos berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS).

Ia susulan Rizab Persekutuan AS memberi isyarat akan terus menaikkan kadar faedah, sekali gus menyebabkan permintaan menurun terhadap logam berharga itu.

Spot emas menyusut 0.4 peratus kepada AS$1,219.7 satu aun pada 0715 GMT, selepas mencecah paras terendah sejak 1 November pada AS$1,217.20.

Emas menyusut sebanyak satu peratus pada minggu ini, penurunan mingguan terbesar minggu berakhir 17 Ogos.

Niaga hadapan emas me nurun 0.4 peratus kepada AS$1,219.8 satu aun.

“Pengukuhan dolar AS memberi tekanan terhadap emas. Selain itu, mesyuarat FOMC menunjukkan tiada perubahan untuk kadar faedah.

“Dengan ini, sentimen pasaran mungkin menurun untuk emas,“kata ketua urusan di Wing Fung Precious Metals di Hong Kong, Peter Fung.

Indeks dolar berbanding sekumpulan mata wang utama, menokok satu peratus, selepas meningkat hampur 0.8 peratus pada sesi dagangan sebelumnya.

“Pengukuhan dolar dan pasaran ekuiti AS menyebabkan pengunduran hampir separuh daripada kenaikan emas, barubaru ini,” kata penganalisis INTL Fcstone, Edward Meir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.