SAWIT

Berita Harian - - BISNES -

Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif meneruskan penurunan untuk empat hari berturut­turut dengan harga mencecah paras rendah tiga tahun, kata peniaga.

Pakar Produk Derivatif Phi lip Futures Sdn Bhd, David Ng, berkata harga terus menerima tekanan daripada isyarat berterusan berhubung pengeluaran lebih tinggi dan eksport yang lemah.

Niaga hadapan MSM Malaysia juga menjejak kelemahan di niaga hadapan kacang soya Amerika Syarikat (AS), yang menurun untuk lima hari berturut­turut berikutan tekanan baharu selepas kerajaan AS menyemak naik unjuran untuk bekalan, kata Ng.

Pada penutup, November 2018 menyusut kepada RM1,880 satu tan, Disember 2018 menurun RM49 kepada RM1,968 satu tan, Januari 2019 menurun RM45 kepada RM2,040 satu tan, dan Februari 2019 menyusut RM46 kepada RM2,109.

Jumlah dagangan me ningkat kepada 54,556 lot daripada 48,995 lot pada Khamis, manakala minat terbuka meningkat kepada 300,705 kontrak daripada 293,624 kontrak sebelumnya.

Di pasaran fizikal, November Selatan susut RM50 kepada RM1,920 satu tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.