RINGGIT

Berita Harian - - BISNES -

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Sya AS) semalam sejajar dengan kebanyakan mata wang Asia selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) mengesahkan pendirian dasar monetari yang lebih agresif dan mengekalkan kenaikan kadar faedah pada Disember.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.1780/1810 berbanding 4.162 /1670 bagi setiap dolar AS pada Khamis.

Ketua Perdagangan Asia Pa sifik OANDA, Stephen Innes berkata, ringgit terus merosot berikutan dasar Bank Negara Malaysia dan Fed.

Kelmarin, Jawatankuasa Dasar Monetari BNM mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada 3.25 peratus, tahap yang dianggap akomodatif dan konsisten dengan pendirian dasar yang dimaksudkan.

Bagaimanapun, ringgit se cara keseluruhannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0315/ 0341 daripada 3.0344/ 0385 pada Khamis, tetapi berbanding dengan yen Jepun ia susut kepada 3.6685/ 6714 daripada 3.6605/ 6659.

Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4343/ 4386 daripada 5.4589/ 4659 semalam dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7362/ 7413 daripada 4.7534/ 7600 sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.