GETAH

Berita Harian - - BISNES -

Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur­campur se malam mengambil petunjuk daripada pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah dan penurunan semalaman harga minyak mentah, kata peniaga.

Beliau berkata peniaga juga kekal tidak memasuki pasaran berikutan menantikan hala tuju pasaran yang lebih jelas.

Bagaimanapun, penurunan itu dikekang oleh ringgit yang lemah berbanding dolar AS.

Pada jam 12 tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR20 menambah 1.5 sen kepada 514.5 sen satu kilogram manakala susu getah pukal susut 3.5 sen kepada 390 sen satu kilogram.

Semasa ditutup pada 5 pe tang, gred tayar SMR 20 naik 2.0 sen kepada 516 sen, manakala susu getah pukal turun 2.0 sen kepada 393.0 sen satu kilogram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.