FBM KLCI jatuh 13.33 mata

Saham ditutup rendah berikutan tekanan faktor tempatan, luaran

Berita Harian - - PORTFOLIO -

Suasana pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 567 berbanding 244, manakala 339 kaunter tidak berubah, 704 tidak diniaga dan 22 lagi digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 1.65 bilion unit bernilai RM1.80 bilion berbanding 2.28 bilion unit bernilai RM2.29 bilion yang dicatat kelmarin.

Semua indeks Bursa Malaysia merosot sepanjang sesi.

Sundararajah menjelaskan bahawa dana asing menerima berita mengenai Petronas secara negatif.

Dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan minggu lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata Petronas dijangka membayar dividen khas tambahan sebanyak RM30 bilion, menjadikan jumlah komitmen dividen kepada RM54 bilion.

Ini telah menyebabkan agensi penarafan Moody‘s Investors Service menurunkan prospek penilaian Petronas daripada stabil kepada negatif.

“Kami telah melihat bahawa untuk minggu ini terdapat jualan bersih oleh dana asing dan sejak pembentangan Belanjawan 2019, pasaran bertindak balas secara negatif kerana ia tidak begitu jelas,” katanya sambil menambah pela­ bur berpendapat bahawa tidak ada pemangkin sebenar untuk pasaran ekuiti tempatan.

Bagi faktor luaran, potensi kenaikan kadar faedah AS juga telah melemahkan sentimen pasaran.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, MISC jatuh 52 sen kepada RM6.45, IHH turun 14 sen kepada RM4.85, CIMB rugi 12 sen kepada RM5.57 manakala Maybank susut tiga sen kepada RM9.29.

Kaunter berkaitan Petronas, Petdag merosot RM1 kepada RM27.0, Pchem rugi 11 sen kepada RM9.59 tetapi Petgas menambah dua sen kepada RM18.76.

Bagi saham aktif, SAPNRG naik 1.5 sen kepada 37.5 sen, Seacera meningkat setengah sen kepada 26 sen, Bornoil kekal pada lima sen manakala MYEG turun dua sen kepada RM1.26.

Indeks Emas FBM merosot 94.56 mata kepada 11,846.26, Indeks FBMT 100 menurun 92.55 mata kepada 11,688.13 dan Indeks Syariah Emas FBM jatuh 112.71 mata kepada 12,011.69.

Indeks FBM Ace berkurang 80.18 mata kepada 4,932.60 dan FBM70 merosot 114.92 mata kepada 13,845.99.

Dari segi sektor, Indeks Perladangan merosot 6.5 mata kepada 7,362.73, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.90 mata kepada 173.30 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 97.93 mata kepada 17,199.11.

Jumlah dagangan Pasaran Utama jatuh kepada 1.1 bilion unit bernilai RM1.66 bilion berbanding 1.53 bilion unit bernilai RM2.12 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran susut kepada 316.76 juta unit bernilai RM81.94 juta daripada 367.57 juta unit bernilai RM87 juta yang dicatatkan semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE lebih rendah pada 236.51 juta saham bernilai RM62.22 juta daripada 377.16 juta saham bernilai RM82.12 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 137.37 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (331.91 juta), pembinaan (39.24 juta), teknologi (152.88 juta), SPAC (472,500), perkhidmatan kewangan (41.22 juta), hartanah 79.63 juta), perladangan (17.58 juta), REIT (4.83 juta), tertutup/ dana (sifar), tenaga (185.55 juta), penjagaan kesihatan (25.1 juta), telekomunikasi dan media (43.43 juta), pengangkutan dan logistik (15.0 juta) dan utiliti, 25.65 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.