Bursa Asia susut, Eropah dibuka rendah

Berita Harian - - PORTFOLIO -

untuk mencatat penurunan lebih satu peratus untuk minggu ini.

Pada Khamis, indeks itu mencecah paras tertinggi sejak 8 Oktober.

Hang Seng Hong Kong menyusut 2.4 peratus manakala Composite Shanghai menurun 1.2 peratus.

Saham Australia menurun 0.1 peratus, KOSPI Korea Selatan menyusut 0.05 peratus dan Nikkei Jepun menurun 1.05 peratus.

S&P 500 menyusut 0.25 peratus

Bank pusat AS itu sudah menaikkan kadar faedah AS sebanyak tiga kali tahun ini dan menjangka untuk menaikkan lagi pada bulan depan.

S&P 500 menyusut 0.25 peratus dan Nasdaq menurun 0.53 peratus pada Khamis selepas pengumuman Fed, dengan saham tenaga mencatatkan penurunan terbesar di S&P berikutan penurunan harga minyak mentah AS.

Saham Wall Street melonjak susulan pilihan raya pertengahan penggal AS, apabila keputusan pilihan raya itu hampir sama seperti jangkaan pelabur.

“Hasil mesyuarat Fed dan pengu­ mumannya tidak mendatangkan kejutan yang besar, namun ia berjaya mengukuhkan pandangan bahawa kenaikan kadar akan dilakukan pada Disember dan ini meningkatkan ekuiti,” kata pakar strategi Sumitomo Mitsui Asset Management, Masahiro Ichikawa.

[FOTO HIASAN]

Saham Asia alami kemerosotan semalam berikutan jangkaan Fed As akan naikkan lagi kadar faedah bulan depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.