Jurujual dipenjara 2 bulan

Tertuduh tukar pengakuan bersalah kes masukkan anak saudara dalam mesin layan diri

Berita Harian - - MAHKAMAH - Oleh Sarah Zulkifli

Kuala Kubu Bharu

Spada sebutan kes semalam.

Mahkamah kemudian memerintah tertuduh yang juga seorang duda menjalani hukuman penjara bermula pada tarikh dia ditahan pada 3 Oktober lalu, iaitu selepas video detik cemas kejadian di kedai dobi layan diri di Bukit Sentosa, Rawang, tersebar di Facebook.

Bahayakan keselamatan kanak-kanak

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memasukkan anak saudara lelaki berusia tiga tahun dalam mesin basuh di mana perbuatan terbabit dilakukan secara tergopoh-gopoh hingga membahayakan keselamatan kanak-kanak itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai dobi di Seksyen BS1 Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor jam 12.30 tengah malam, 2 Oktober lalu.

Dakwaan kes dikemukakan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM500 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azhwa Yusrie Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

[FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/BH]

Muhammad Irwan dibawa ke Mahkamah Majistret di Kuala Kubu Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.