Rawatan kanser lebih canggih

Teknologi terkini mudahkan pengesanan gejala awal, peluang sembuh lebih cerah

Berita Harian - - SIHAT - Oleh Rozdan Mazalan

peralatan canggih boleh mengesan gejala awal serangan penyakit, keupayaan itu memberi peluang pesakit mendapat rawatan awal dan peluang untuk sembuh cerah.

Faktor lain termasuk tahap kesedaran umum mengenai pentingnya penjagaan kesihatan bagi mengelak kanser semakin meningkat.

“Sebenarnya lebih lama individu itu hidup, lebih banyak kita nampak orang menghidapi kanser, ini disebabkan penyakit berkenaan sering menyerang golongan lanjut usia.

“Berbekalkan infrastruktur perubatan ini, rangkaian perkhidmatan kesihatan kerajaan dan swasta semakin baik. Negara memiliki ramai pakar untuk mengesan penyakit barah. Selain itu, di luar negara kadar pesakit barah juga meningkat disebabkan hari ini orang hidup lebih lama.

“Selain kaedah pembedahan, radioterapi dan kemoterapi, rawatan berkaitan kanser juga kini lebih khusus menerusi prosedur targeted therapy.

“Prosedur kemoterapi bukan hanya menyebabkan sel kanser itu mati malah semua sel yang baik di dalam badan juga tidak dapat diselamatkan. Targeted therapy lebih fokus menembak sel kanser di dalam badan pesakit tanpa membunuh sel lain,” katanya.

Jejas produktiviti negara

Beliau berkata, beban kanser meningkat di negara ini dan ASEAN menerima kesan berkenaan bukan sahaja kepada pesakit dan ahli keluarga, malah turut menjejaskan produktiviti dan ekonomi negara.

Terapi inovatif memanjangkan usia pesakit selain mengurangkan beban kesakitan.

“Sebagai contoh, rawatan yang ditawarkan agensi berkaitan berupaya memanjangkan jangka hayat pesakit kanser hati. Lebih ramai pesakit kanser di Malaysia mesti diberi peluang untuk memperoleh akses kepada rawatan dan terapi yang paling inovatif dan terbaru tanpa sebarang halangan atau kelewatan.

“Sektor perubatan swasta dan kerajaan dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kesihatan berbanding bahu meningkatkan kesedaran kepada umum mengenai pentingnya amalan gaya hidup sihat bagi mengelak penyakit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.