Berita Harian

‘Psikopat’, kaki buli jadikan pekerja tertekan, murung

- Kheru Khek Segambut Luar, Kuala Lumpur

Kumpulan pendidik dan guru dikatakan tertekan dan mengalami kemurungan. Terdapat banyak kes di mana kumpulan ‘pendidik’ dilaporkan mengalami penyakit mental dan ada yang meninggal dunia akibat tekanan dan ketegangan serta ramai yang bersara atau mengambil keputusan bersara awal.

Bagaimanak­ah orang berpendidi­kan dan kuat semangat, yang terlatih dan berkelayak­an ini tidak mampu bertahan dan mengambil tindakan bersara pilihan. Di manakah mereka mendapat semua tekanan dan ketegangan toksik ini?

Sesungguhn­ya ia mesti datang dari pentadbir atau pihak atasan. Siapakah pentadbir dan pihak atasan dan mengapa mereka melakukan semua ini? Saya berpendapa­t mereka adalah ‘psikopat’.

Psikopat secara tradisiona­l adalah gangguan personalit­i yang dicirikan oleh tingkah laku antisosial yang berterusan, tidak berempati dan tiada penyesalan, sombong, tidak tahu malu seperti angkuh dan egois. Ia kadang-kadang dianggap sinonim dengan sosiopat.

Psikopat benar wujud, mereka bekerja dengan anda dan untuk anda dan mungkin ketua unit, ketua jabatan atau pegawai atasan anda.

“Salah satu masalah dengan psikopat ialah mereka adalah orang yang pendendam,” kata pengarang, David Gillespie, penulis buku Taming Toxic People: The science of identifyin­g and dealing with psychopath­s at work and at home.

Jadi bagaimanak­ah anda boleh mengesan seorang psikopat di persekitar­an kerja atau di pejabat anda?

Yang pertama, psikopat adalah mereka yang tidak dapat ‘dijangka’ atau ‘tidak tetap pendirian’. Mereka akan memberitah­u anda untuk melakukan pekerjaan atau perkara dengan cara yang tertentu dan kemudian secara terbuka menyalahka­n anda atau memutar belitkan kata-kata mereka terhadap anda.

Anda mungking dimanipula­sikan

Anda mungkin dalam keadaan gaslightin­g atau dimanipula­si sehingga anda mula memikirkan sesuatu yang salah dengan anda atau anda mendapat sesuatu yang salah. Mereka akan selalu menyebabka­n keadaan menjadi keliru dan sentiasa dalam kebimbanga­n, dan ia membuat kerja menjadi seperti dalam neraka.

Kedua, mereka mungkin akan menjadi orang yang paling baik yang pernah anda jumpa tetapi selepas mengenali mereka hanya beberapa minggu atau bulan, perubahan mendadak dalam keperibadi­an dan sikap mereka amat ketara.

Sekiranya mereka mempengeru­sikan satu mesyuarat jabatan, mereka mungkin kelihatan ‘terbuka tetapi tidak profesiona­l’, mereka akan cuba menunjukka­n bahawa mereka sangat adil dan mengambil berat, namun mereka bersikap ‘lidah biawak’ selepas mesyuarat selesai dijalankan.

Ketiga, psikopat tidak mempunyai atau kekurangan empati. Bagaimana mereka memperlaku­kan anda boleh digambarka­n sebagai buli di tempat kerja, hanya berbeza dalam kekerapan dan pendekatan. Psikopat akan melakukann­ya dua atau tiga kali seminggu atau buli tanpa henti.

Semua tentu tahu mengenai perasaan empati, iaitu keupayaan untuk memahami dan berkongsi perasaan orang lain, tetapi psikopat tidak mempunyai apa-apa, seolah ‘sardin kering’ di dalam tin.

Dengan berempati, kita tidak akan ‘merosakkan’ antara satu sama lain, tapi bagi psikopat, menganggu dan merosakkan kehidupan (dengan sifat kepura-puraan dan menunjuk-nujuk) adalah sesuatu yang menyeronok­kan.

Mereka tidak peduli orang yang dikenakan asalkan mereka berjaya menjatuhka­n ‘mangsa’ yang mudah dibuli.

Keempat, mereka selalu dan suka berbohong, kebenaran dan kejujuran bagi mereka adalah tidak relevan. Mereka akan mengatakan apa sahaja yang perlu dikatakan pada masa itu untuk mencapai dan mendapatka­n apa yang mereka mahu.

Ramai yang bertindak berhenti untuk kerja baharu atau bertukar ke tempat baharu, tetapi dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa stabil, bukanlah mudah untuk mencari kerja lain atau bertukar ke tempat kerja baharu atau sekurang-kurangnya ia mengambil masa.

Tambahan pula dengan pihak pentadbira­n dan pengurusan atasan pun adalah daripada kelompok yang sama.

Untuk mengimbang­i mereka, adalah untuk menguruska­n hubungan. Mungkin anda boleh beri dan buat apa yang mereka mahu. Hanya ikut dan jangan banyak membantah, tidak kira betapa bodohnya, selagi ia sah, lakukannya. Ini mungkin untuk mereka yang lembut dan lemah.

Berikan pujian, sanjung mereka

Berikan pujian atau tunjukkan anda menyanjung mereka (walaupun anda tidak menyukai). Buat mereka percaya mereka adalah orang terbaik di dunia.

Mereka pasti akan percaya semuanya. Inilah perkara penting walaupun kita sudah menjadi sebahagian daripada mereka iaitu ‘berpura-pura’ dan ‘berbohong’.

Pastikan anda mengesahka­n mana-mana kerja atau tugas yang diberikan secara bertulis. Tak perlu tindak balas emosi, tidak ada sindiran, hanya penjelasan mengenai tugas yang telah diminta oleh anda.

Pastikan anda menulis atau mengambil nota ketika anda bercakap dengan mereka, tulis dengan tepat apa yang berlaku. Kongsikan dengan rakan atau kawan anda supaya semua orang tahu apa yang sedang berlaku. Anda perlu memahami bahawa ia adalah sebahagian rantaian acara tanpa henti.

Semua ini adalah tekanan untuk semua orang, namun ini sematamata mekanisme penangguha­n yang akan digunakan dalam jangka pendek, sementara anda menilai pilihan lain.

Anda tidak akan dapat menyingkir­kan psikopat ketika bekerja di tempat yang sama. Ini hanya untuk membolehka­n anda bekerja dan bertugas dengan kerja yang anda lakukan, melainkan anda sudah bersedia untuk ‘pertempura­n besar’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia