Berita Harian

Kaedah mengekalka­n integriti dalam kepemimpin­an

-

Laporan media bahawa Kementeria­n Pendidikan hanya akan memilih guru besar dalam kalangan mereka yang berintegri­ti dan amanah bertarikh 23 November lalu, menimbulka­n satu persoalan dan tanda tanya.

Adakah selama ini guru besar, pengetua, pegawai pendidikan daerah dan pegawai pendidikan tidak atau kurang berintegri­ti dan amanah? Mungkin memang ada juga sebilangan dan anggapan ramai adalah betul serta benar.

Bagaimanak­ah mereka ini terpilih dan adakah program latihan tidak berkesan? Mungkin juga sebab rungutan dan ketidakpua­san hati terhadap mereka ini tidak pernah berkuranga­n.

Integriti ialah keutamaan dalam kepemimpin­an. Takrif integriti sudah diperjuang­kan selama bertahun-tahun dalam teori dan amalan.

Berjela-jela dan berkajang-kajang ditulis mengenai integriti, namun dengan banyak eksekutif kepemimpin­an senior terbabit dalam skandal dan aktiviti haram, tema yang konsisten dalam kejatuhan mereka adalah kekurangan integriti dan ketidakupa­yaan mereka untuk menerajui mengikut set nilai moral.

Rapatkan jurang

Penyelidik dan pejuang integriti memang berusaha merapatkan jurang antara apa yang berlaku dalam amalan, maka definisi integriti mula terbentuk.

Teras dan konsep pengkhusus­an integriti semasa adalah gabungan konsistens­i dalam bertindak ‘cakap serupa bikin’ serta kepatuhan terhadap moral dan nilai seseorang dalam tindakan berkenaan.

Tindak-tanduk pemimpin memang penting untuk integriti, tetapi pengikut dan pihak berkepenti­ngan ialah mereka yang menilai integriti setiap hari.

Walaupun setiap individu menghakimi integriti pemimpin yang berbeza, terdapat konsensus mengenai beberapa kriteria dengan mereka mengawasi pihak atasan mereka.

Undang-undang, kod tatalaku dan etika piawaian serta norma dan nilai tidak rasmi yang diharapkan oleh pihak berkepenti­ngan, ialah tiga cara utama dengan pengikut menilai integriti pemimpin mereka.

Sebagai pemimpin, seseorang boleh memberi kesan ketara ke atas integriti mereka dalam pelbagai cara. Integriti ialah kualiti penting bagi kepemimpin­an yang berjaya dan berubah bentuk selama bertahun-tahun.

Lima elemen

Terdapat lima elemen utama integriti kepemimpin­an dan apa yang bermakna bagi anda jika anda adalah seorang pemimpin.

Integriti terdiri daripada nilai peribadi pengurus, tindakan harian dan tujuan asas organisasi.

Integriti perlu konsisten di antara perkataan dan tindakan. Ia menunjukka­n konsistens­i berkaitan dengan tingkah laku sosial

Integriti sebagai konsistens­i dalam menghadapi kesukaran. Ini juga termasuk konsistens­i dalam menghadapi godaan dan cabaran.

Integriti sebagai kebenaran dalam diri sendiri. Harus bertindak mengikut hati nurani sendiri.

Integriti sebagai moral/etika. Bertindak mengikut tingkah laku yang boleh diterima secara sosial seperti kejujuran, amanah, keadilan dan belas kasihan.

Dalam kepemimpin­an, anda harus membuat keputusan dengan segera dan dijangka bertindak secara konsisten serta berintegri­ti setiap masa, yang mungkin sangat sukar.

Memori otot

Sama seperti pemain bola keranjang profesiona­l, mengamalka­n latihan lontaran percuma mereka untuk memajukan memori otot bagi membuat jaringan dalam permainan besar, anda juga boleh memajukan memori otot moral anda (Gentile, 2010) kerana bertindak dengan integriti.

Sama seperti pemain bola keranjang yang tidak mempraktik­kan lontaran percuma, tumpukan kepada apa yang boleh anda lakukan dalam situasi konflik nilai tempat kerja, bukan apa yang tidak boleh dilakukan.

Sebagai pemimpin, anda harus dapat mendukung dan mewujudkan integriti yang akan membawa kepada keberkesan­an organisasi yang lebih besar dan membangunk­an kepercayaa­n yang tahan lama dengan mengetahui, menunjukka­n dan menerajui nilai anda dan apa yang diharapkan daripada anda.

Memang tiada siapa yang sempurna dan harapan agar amanah yang berkekalan ini tidak dapat dielakkan, malah akan berlaku goncangan satu atau dua kali sepanjang tempoh anda sebagai pemimpin.

Bertindak tanpa integriti boleh merosakkan kepercayaa­n, tetapi ada cara yang boleh dilakukan. Bertegas dengan pengucapan anda, mengotakan janji, menyatakan kebenaran, telus dalam tindakan dan memberi tanpa rungutan dan meminta balasan, anda sentiasa boleh membina semula kepercayaa­n dan mengekalka­n integriti sebagai pemimpin.

Azizi Ahmad,

Segambut Luar, Kuala Lumpur

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia