Isu air, elektrik dekat di hati masyarakat

Berita Harian - - MUKA SEPULUH -

elektrik kepada isi rumah mewah yang mencatatkan jumlah pada kadar RM20 ke bawah, ia sebenarnya bukan isu besar kerana golongan ini sememangnya mampu. Hanya jumlah bil rendah kerana antaranya mereka jarang berada di rumah atau menjadikan kediaman sebagai persinggahan atau tempat beristirahat sahaja. Bagaimanapun, mereka tetap pengguna tenaga elektrik, tetapi masih mendapat subsidi yang sepatutnya hanya dinikmati oleh B40 dan golongan berpendapatan sederhana.

Justeru, pengenalan subsidi bersasar adalah tepat dan wajar dilaksanakan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menikmati kemudahan berkenaan.

Tidak hairan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong langkah kerajaan mengenakan bayaran kepada golongan isi rumah mewah yang mempunyai bil elektrik bulanan RM20 ke bawah.

Kurangkan beban

Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman menegaskan golongan isi rumah mewah ini tidak termasuk dalam golongan penerima subsidi kerana mampu membayar bil berkenaan tanpa bebanan.

Sebab itu mereka sewajarnya membayar bil berkenaan tanpa berfikir panjang kerana nilai RM20 sangat kecil bagi mereka yang berpendapatan besar.

Ini berbeza dengan keluarga berpendapatan rendah atau sederhana kerana keupayaan menjimatkan RM20 dapat mengurangkan tanggungan mereka walaupun jumlahnya kecil.

“Langkah ini akan memberi peluang kepada kerajaan untuk memberikan subsidi bersasar kepada golongan miskin dan miskin tegar,” kata Mohd Yusof.

Seperti FOMCA, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mencadangkan kerajaan mewujudkan satu mekanisme baru untuk membantu kumpulan sasar berkenaan.

Mekanisme itu mencakupi penerimaan subsidi hanya kepada golongan yang layak, selain mereka yang memohon untuk diberikan pengecualian bayaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.