Berita Harian

Memperkasa dunia kreatif negara

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Kelab Teater SMART (KERTAS) yang ditubuhkan di bawah program Diploma Teknologi Seni Teater (DTS), Kolej Antarabang­sa Yayasan Melaka (ICYM) bertujuan melahirkan generasi kreatif , dengan pelbagai pengetahua­n mengenai teater antaranya lakonan, pengarahan, teknikal dan pengurusan.

Dekannya, Sahban Md Smail, berkata menerusi program DTS itu, pihaknya menubuhkan KERTAS bagi merangsang perkembang­an aktiviti teater terutama di luar waktu kuliah.

Beliau berkata, KERTAS diasaskan oleh pelajar bersama-sama pensyarah bagi memberi peluang dan ruang, terutama kepada penggiat teater di Melaka untuk berkarya.

“Kelab ini juga bagi memberi peluang kepada penggiat teater melebarkan minat dalam menghasilk­an persembaha­n sama ada yang berskala kecil atau besar.

Pencapaian cemerlang

“Program DTS selama enam semester ini, bakal melahirkan graduan yang berdaya saing dalam bidang pengurusan produksi dan produksi seni teater selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa­kan dunia kreatif negara,” katanya.

Sahban berkata, pelbagai aktiviti dan persembaha­n teater diadakan antaranya

Sementara itu, pensyarah DTS, Norhan Fahmie Rayza, berkata pelbagai pencapaian cemerlang diperoleh oleh pelajar DTS.

Beliau berkata, rentetan kejuaraan yang dirangkul pada Festival Teater Melaka 2017, KERTAS melepasi saringan bagi melayakkan diri ke Festival Teater Malaysia 2018 yang berlangsun­g di Pusat Pelanconga­n Malaysia (MATIC) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, KERTAS bersaing dengan lima kumpulan terbaik seluruh negara antaranya Tronoh Theatre Shop (Kuala Lumpur); Pertubuhan Teater Sanggar Kreatif (Sarawak); Politeknik Nilai (Negeri Sembilan); Persatuan Teater Opera Mimpi (Perlis) dan bhvarsitit­bh.com.my Senandika UMP (Pahang).

“KERTAS mempertaru­hkan naskah Warga S yang mengisahka­n sekumpulan gelandanga­n yang hidup di bawah kolong jambatan.

“Kisah ini digarap bagi membincang­kan nasib segelintir masyarakat yang masih kurang bernasib baik di kota raya,” katanya.

Ternyata, katanya, hasil karya dan arahan Norhan Fahmie itu membuahkan hasil apabila KERTAS menerima anugerah Pelakon Harapan Lelaki Festival Teater Malaysia 2018.

 ??  ?? Kalung oh Kalung, Rakan, Teman dan Seteru, Tanah Bernanah, Igak Si Merak Tua, Cermin, Maduku Kalut dan Warga S. Muhammad Aidil Rosli (kiri) diangkat sebagai Pelakon Harapan Lelaki Festival Teater Malaysia 2018 melalui naskah Warga S. .
Antara babak yang dilakonkan oleh penggiat teater daripada KERTAS sempena Festival Teater Malaysia 2018, baru-baru ini Penggiat teater dan kru produksi KERTAS yang mempertaru­hkan naskah Warga S dalam Festival Teater Malaysia.
Kalung oh Kalung, Rakan, Teman dan Seteru, Tanah Bernanah, Igak Si Merak Tua, Cermin, Maduku Kalut dan Warga S. Muhammad Aidil Rosli (kiri) diangkat sebagai Pelakon Harapan Lelaki Festival Teater Malaysia 2018 melalui naskah Warga S. . Antara babak yang dilakonkan oleh penggiat teater daripada KERTAS sempena Festival Teater Malaysia 2018, baru-baru ini Penggiat teater dan kru produksi KERTAS yang mempertaru­hkan naskah Warga S dalam Festival Teater Malaysia.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia