Dr Mahathir, Emir Qatar rasmi monumen perangi rasuah

Berita Harian - - ISU -

Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani, semalam merasmikan arca berbentuk tangan yang diangkat, melambangkan usaha bersepadu antarabangsa dalam memerangi rasuah.

Majlis itu diadakan bersempena pelancaran Program Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa Anti Rasuah Sheikh Tamim kali ketiga, berikutan pemilihan Malaysia buat julung kali sebagai tuan rumah program berprestij itu dari 7 hingga 10 Disember.

Hadiah Kerajaan Qatar

Monumen keluli setinggi 12 meter itu adalah hadiah daripada Kerajaan Qatar kepada Perdana Menteri dan rakyat Malaysia sebagai pengiktirafan terhadap kesungguhan yang ditunjukkan dalam usaha memerangi rasuah.

Emir Qatar kelapan itu tiba di Malaysia Rabu untuk lawatan kerja tiga hari dan beliau melakukan lawatan sulung ke Malaysia pada Oktober tahun lepas.

Majlis itu berlangsung di Dataran Masjid Putra, Putrajaya disaksikan anggota delegasi serta beberapa pegawai kanan.

Dr Mahathir dan Sheikh Tamim dijangka meraikan pemenang empat anugerah iaitu Pencapaian Sepanjang Hayat/cemerlang; Inovasi; Kreativiti dan Keterlibatan Belia; serta Penyelidikan Akademik dan Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis itu dianjurkan Pusat Kedaulatan Undang-undang dan Anti-rasuah (ROLACC) di Doha, Qatar, dengan sokongan Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).

Sebanyak lapan pemenang dipilih bagi empat kategori yang ditetapkan iaitu Penyelidikan Akademik dan Pendidikan, Kreativiti Belia dan Pembabitan, Inovasi dan Pencapaian Sepanjang Hayat/cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.