Sultan Selangor kesal dakwaan akan sertai perhimpunan

Berita Harian - - ISU -

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kesal dan dukacita dengan kenyataan di media sosial yang mendakwa baginda akan menyertai perhimpunan ‘kesyukuran’ kerajaan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD) di ibu negara, hari ini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata Sultan Sharafuddin menitahkan supaya mana-mana pihak tidak membabitkan nama baginda dengan sebarang perhimpunan anjuran parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kelirukan masyarakat

“Kenyataan yang disebarkan itu boleh mengelirukan masyarakat. Sultan Selangor sebagai Sultan yang memerintah Selangor tidak seharusnya dilibatkan dengan sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh manamana pihak.

“Justeru, baginda mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan berita palsu seumpama ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kenyataan itu berita yang tersebar di media sosial termasuk di Whatsapp yang berbunyi ‘Sultan Johor Pemangku Sultan Pahang Sultan Selangor turun Himpunan ICERD 8-12-2018 bersama anak Melayu Bumiputera’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.