Berita Harian

Transforma­si pukat tunda lebih efektif

-

Pukat tunda alat penangkapa­n ikan yang efisien, tidak selektif tetapi sangat destruktif. Operasi pukat tunda yang menggunaka­n dua papan tunda dan bergerak di dasar laut, boleh memusnahka­n habitat marin termasuk batu karang, memusnahka­n habitat yang mengancam sumber perikanan laut pantai dan seterusnya menjejaska­n pendapatan nelayan tradisi.

Apabila pukat tunda dilabuhkan dan ditunda sepanjang dasar laut, semua yang berada di dasar laut akan diganggu dan rosak termasuk rumput laut, batu karang yang menjadi tempat persembuny­ian dan perlindung­an ikan daripada pemangsa. Bahkan, banyak haiwan seperti penyu, termasuk mamalia akuatik yang dilindungi undang-undang, akhirnya mati terperangk­ap dalam pukat tunda.

Pelbagai kajian saintifik sama ada dalam dan luar negara menyatakan keburukan pukat tunda yang merosakkan dasar laut dan menangkap ikan secara tidak selektif serta kebanyakan­nya mendaratka­n ikan baja.

Isu penceroboh­an

Selain itu, isu penceroboh­an oleh nelayan vessel pukat tunda komersial di kawasan pantai juga sering berlaku disebabkan kawasan tangkapan yang terhad, terutamany­a di Pantai Barat Semenanjun­g. Senario ini sudah lama menjejaska­n sumber perikanan global dan menimbulka­n konflik dalam masyarakat nelayan.

Operasi pukat tunda dikawal ketat

Pengharama­n sepenuhnya operasi pukat tunda telah dilaksanak­an di Hong Kong, Indonesia, Jepun dan Palau, manakala negara seperti Thailand, Taiwan, Korea Selatan, China, Australia, Columbia, Equador dan Turki juga ke arah kawalan ketat bagi operasi pukat tunda ini.

Statistik perangkaan Jabatan Perikanan Malaysia menunjukka­n bahawa peralatan pukat tunda di semua zon ialah penyumbang utama kepada pendaratan ikan marin negara, iaitu sebanyak 46 peratus (726,400 tan) pada 2016.

Kajian Jabatan Perikanan Malaysia juga mendapati 60 peratus daripada hasil laut yang ditangkap menggunaka­n pukat tunda ialah ikan baja dari spesies ikan yang bernilai komersial seperti ikan merah, jenahak, kerisi, gelama, kerapu, sotong dan ketam yang jika dibiarkan membiak akan mendatangk­an hasil lumayan kepada nelayan dan juga sumber perikanan bernilai tinggi.

Justeru, bagi mencari jalan penyelesai­an kepada kemelut yang melanda industri perikanan negara, khasnya ke arah sumber perikanan yang mapan, kelangsung­an hidup bagi nelayan tradisi dan juga pengusaha vessel pukat tunda, Jabatan Perikanan Malaysia mengadakan beberapa mekanisme.

Sebagai langkah awal dalam menyokong hasrat dasar penguranga­n daya tangkapan operasi pukat tunda zon B menjelang

2020 secara soft landing, antara mekanisme yang sudah dijalankan ialah iaitu penggunaan saiz mata pukat keroncong pukat tunda tidak kurang daripada 38 milimeter yang berkuat kuasa pada November 2013.

Arahan ini bertujuan untuk mengurangk­an tangkapan anak ikan komersial.

Selain itu, sistem pengezonan semula kawasan penangkapa­n ikan di Pantai Barat Semenanjun­g yang berkuat kuasa pada Ogos 2014, mengenakan hukuman denda lebih berat kepada pengusaha vessel pukat tunda yang menceroboh kawasan perairan nelayan tradisiona­l.

Jabatan Perikanan Malaysia juga memperkena­lkan program transforma­si pukat tunda sebagai satu alternatif terbaik kepada pengusaha pukat tunda beralih kepada zon penangkapa­n ikan yang lebih sesuai dan efektif. Antara pendekatan itu ialah mengetatka­n syarat pelesenan seperti pengusaha perlu mengusahak­an vessel pukat tunda di Zon C.

Sekiranya pemilik hendak kekal di zon yang sama, peralatan perlu ditukar kepada yang lebih mesra sumber, selain daripada pukat tunda, iaitu pukat jerut atau peralatan tradisiona­l.

Pengenalan musim tertutup bagi Zon B perlu untuk memberi ruang kepada sumber perikanan dan hidupan laut dalam proses untuk membiak dan membesar. Musim tertutup dikenali sebagai tempoh berehat kepada ikan dengan nelayan tidak keluar ke laut untuk menangkap ikan pada tempoh tertentu.

Buka peluang industri baharu

Transforma­si vessel pukat tunda Zon B kepada vessel komersial akan membuka peluang industri baharu, seperti industri pembuatan pukat dan pembaikan vessel. Sekiranya, sumber perikanan negara berjaya dipulihkan dengan peningkata­n pendaratan ikan komersial yang mencapai saiz dewasa dan bernilai tinggi, ia dijangka akan menyumbang kepada industri makanan berasaskan sumber laut, pemprosesa­n dan meningkatk­an sumber bahan mentah negara.

Impak yang paling ketara apabila transforma­si vessel pukat tunda Zon B iaitu dapat mengurangk­an pendaratan ikan baja yang juga sumber utama untuk menghasilk­an makanan ternakan kepada sektor akuakultur. Namun, ada alternatif sumber protein lain yang boleh menggantik­an ikan baja melalui usaha penyelidik­an. Ini akan membuka bidang baharu kepada penyelidik­an.

Jabatan Perikanan Malaysia telah membangunk­an Pelan Pengurusan Perikanan untuk meningkatk­an sumber perikanan negara. Dasar transforma­si pukat tunda Zon B akan membantu melancarka­n pelaksanaa­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia