Ramai gembira tangguh laksana skim potong gaji

Berita Harian - - ISU -

Kuala Lumpur: Orang ramai gembira dengan keputusan Kabinet untuk menangguhkan pelaksanaan Skim Potongan Gaji berjadual (PGB) kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menimbulkan kontroversi selepas kurang 24 jam diumumkan.

Pengguna Twitter, @lukmankhiruddin berkata, kerajaan seharusnya berbincang dahulu dengan pemegang taruh, selain peminjam PTPTN sendiri untuk mendapat maklum balas.

Katanya, kerajaan perlu mengamalkan apa yang syarikat swasta lakukan sebelum mereka mengeluarkan sebarang kenyataan kepada orang ramai.

“Buat kerja serupa fresh grad. Tak fikir consequences (akibatnya),” katanya.

Jadi pengajaran

@chodingtasya berpendapat ia seharusnya menjadi pengajaran kepada kerajaan, khususnya pihak yang terbabit sebelum membuat sesuatu keputusan berkaitan kepentingan rakyat.

“Isu sebenarnya adalah terhadap mereka yang enggan membayar pinjaman, bukannya yang sudah membuat bayaran seperti ditetapkan.

“Asal gaji RM4,000 dianggap mewah, cuba duduk di Kuala Lumpur, suap anak bini pun tak cukup,” katanya.

Bazli @ bazlii pula berpendapat kerajaan perlu mengekalkan kaedah bayaran balik lama yang mempunyai pilihan pembayaran serta menyenarai hitam peminjam yang ingkar.

“Tidak semestinya apabila kerajaan bertukar semua perkara termasuk benda yang bagus tidak perlu dikekalkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.