Berita Harian

Lam Thye dapat pengiktira­fan NIOSH

-

Bangi: Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, menerima anugerah khas sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak NIOSH, malam tadi.

Ia bagi menghargai pembabitan penuh dedikasi dan sumbangan beliau kepada NIOSH dalam tempoh 25 tahun.

Anugerah berkenaan disampaika­n Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n.

Selain itu, akhbar Harian Metro dan Sistem Televisyen (M) Berhad (TV3) dari Kumpulan Media Prima Berhad serta beberapa organisasi media menerima sijil penghargaa­n daripada NIOSH bagi menghargai peranan dan kerjasama dalam menyokong peranan dan kepentinga­n bidang keselamata­n dan kesihatan.

Sijil penghargaa­n

Sijil penghargaa­n kepada wakil media disampaika­n oleh Lam Thye.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Manusia, Lim Eng Hock dan Pengarah Eksekutif NIOSH, Ayop Salleh.

 ??  ?? Kulasegara­n menyampaik­an anugerah khas kepada Lam Thye (tiga dari kiri) di Bangi, malam tadi.
Kulasegara­n menyampaik­an anugerah khas kepada Lam Thye (tiga dari kiri) di Bangi, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia