Berita Harian

TV3 terima anugerah Youtube

-

Kuala Lumpur: Sistem Televisyen (M) Berhad (TV3) menerima Gold Creator Award daripada Youtube kerana berjaya mencatat lebih satu juta pengikut di laman sosial itu.

Anugerah itu disampaika­n Pakar Penonton Youtube Asia Tenggara, Carolyn Fu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Johan Ishak pada majlis yang berlangsun­g di ibu negara, malam tadi.

Turut hadir, Ketua Negara Google Malaysia, Marc Woo.

Mengulas anugerah itu, Johan berkata pihaknya berbangga kerana TV3 menjadi satu daripada 16 akaun pencipta di Malaysia yang dipilih tahun ini dan ia adalah hasil strategi kreatif stesen televisyen berkenaan.

Tarik ramai penonton

Katanya, konsep yang digunakan iaitu bukan saja menggunaka­n saluran televisyen tetapi juga saluran Youtube nyata berjaya menarik ramai penonton.

“Konsep yang digunakan itu sejajar dengan misi Media Prima Berhad (MPB) sendiri iaitu ‘digital first’. Harapan kami penonton di saluran Youtube akan terus berkembang pada tahun hadapan.

“Jika melihat kepada kadar pertumbuha­n tahun ini, ia sememangny­a memberangs­angkan, bukan hanya TV3 tetapi pelbagai saluran akaun lain di bawah MPB,” katanya.

Pada majlis yang sama, tiga pencipta dan saluran lain iaitu pemain dram cilik, Nur Amira Syahira Azizul, 15; pengarah dan pemuzik kontrovers­i, Namewee serta Didi & Friends; Omar and Hana turut dipilih menerima penghargaa­n anugerah yang sama.

Mereka masing-masing memiliki pengikut melebihi satu juta di saluran Youtube.

 ?? [FOTO SADDAM YUSOFF/BH] ?? Johan (kiri) menerima Anugerah Gold Creator daripada Youtube, malam tadi.
[FOTO SADDAM YUSOFF/BH] Johan (kiri) menerima Anugerah Gold Creator daripada Youtube, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia