Konsep baharu AEON Bandar Utama lebih segar

Berita Harian - - JENAMA -

Petaling Jaya: Aeon Co (M) Bhd menawarkan pengalaman membeli-belah serba lengkap di cawangannya, AEON Bandar Utama yang berwajah baharu selepas menjalankan kerja pengubahsuaian selama enam bulan.

Pengarah Urusan Aeon Co (M) Bhd, Shinobu Washizawa, berkata konsep baharu itu lebih segar dan moden serta menawarkan banyak pilihan makanan menerusi bahagian Delicatessen dan pasar rayanya.

”Pengubahsuaian ini bukan saja menyegarkan tetapi memberikan pengalaman membeli-belah yang selesa. Susun atur dan pelbagai pilihan makanan yang disediakan disamping menjadi pusat sehenti untuk memenuhi semua keinginan membeli-membelah dengan gaya hidup holistik untuk seisi keluarga,” katanya dalam satu kenyataan.

Konsep baharu itu menampilkan Delicatessen iaitu pusat sehenti yang menawarkan makanan Jepun dengan rasa asli dan segar seperti sushi, tempura, daging, kudapan panas, sandwic serta salad segar, di samping makanan tempatan.

Sedia stesen memasak

Tarikan lain adalah stesen memasak ‘We Cook You Eat’ yang mana pengunjung membeli bahan segar berpelekat khas, kemudian dimasak oleh cef bertugas.

Salmon Corner pula menawarkan ikan salmon segar, manakala kaunter Zenxin (Organik) menawarkan pilihan sembilan jenis salad segar di Salad Bar.

Matcha, kaunter air yang menawarkan minuman dan manisan daripada daun teh (matcha), termasuk dalam rangkaian air juga kelainan yang diberikan.

Pelbagai kelengkapan rumah

‘Little Akihabara Electrical Station’ yang diilhamkan dari daerah terkenal di Jepun menyediakan pelbagai pilihan kelengkapan rumah seperti televisyen, komputer riba dan banyak lagi.

Bersempena meraikan pengubahsuaian itu, diskaun eksklusif untuk produk elektrik terpilih ditawarkan kepada pengunjung sehingga 23 Disember ini.

Penggunaan Kad Keahlian Visa AEON Plus dan aplikasi AEON Wallet ketika membeli-belah di rangkaian AEON membuatkan pelanggan membuat pembayaran dengan lebih cepat selain memperoleh lebih banyak hadiah.

[FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH]

Pengunjung boleh membeli bahan segar dengan pelekat khas yang dimasak terus oleh chef.

Rangkaian minuman dan manisan daun teh ditawarkan di AEON Bandar Utama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.