Rakyat hidup melarat kesan perang Syria

Harta dicuri pemberontak, bergantung hidup di kem pelarian

Berita Harian - - EHWAL ANTARABANGSA -

Dahulu berharta, namun kini semuanya lenyap sekelip mata. dengan pemberian makanan yang disediakan di kem di sini sepenuhnya,” katanya yang tinggal di khemah pelarian bersama tujuh anak dan isteri.

Mohammed berkata, biarpun kehidupannya kini sangat sukar, namun dia bersyukur kerana belum pernah lagi berlapar sepanjang tinggal di situ.

“Alhamdulillah, setakat ini saya belum pernah berlapar.

“Susah hendak cerita, tetapi rezeki Allah itu ada. Kekurangan tetapi tidak sampai menderita. Allah sebagai pemberi rezeki,” katanya.

Dia juga turut bersyukur kerana tiada anak-anaknya yang maut ketika berlakunya serangan di sana, namun ramai saudara-maranya yang lain kehilangan anak.

Hidup sebagai pelarian

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Begitulah kehidupan pelarian di kem ini yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Biarpun daif, mereka yang ditemui mengakui sudah biasa dengan keadaan itu selepas melarikan diri daripada kekejaman tentera Bashar Al Assad dan pemberontak bersenjata.

Kami berkesempatan meninjau keadaan kem berkenaan bersama petugas misi kemanusiaan Syria Care 7.0, sebaik mendapat kebenaran masuk ke Syria menerusi pintu sempadan di wilayah Kilis daripada kerajaan Turki.

Wilayah A’zaz kini bukan di bawah pentadbiran rejim Bashar Al Assad biarpun masih berada dalam peta Syria.

Sebaliknya, berada dalam kawalan keselamatan kerajaan Turki yang berjaya mengusir kumpulan pemberontak Kurdish dalam operasi ketenteraan awal tahun lalu.

Menerusi lawatan di kem pelarian di sini, kami melihat sendiri bagaimana penghuni terpaksa mengharungi keadaan tidak selesa untuk melakukan aktiviti harian.

Keadaan Kem transit, A'zaz wilayah utara Syria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.